
Kita mahu pindahkan sebanyak mungkin keluarga asnaf ke rumah yang lebih selesa. Kebanyakkan mereka yang terpilih sedang menetap di dalam rumah yang kurang kondusif dan ada yang sudahpun roboh kerana terlalu usang.
Kami petik satu kisah daripada salah seorang keluarga asnaf iaitu Puan Faridah binti Bantala, yang merupakan seorang ibu tungal kepada 4 orang anak dalam lingkungan umur 13 hingga 23 tahun yang masih dibawah tanggungannya.
Beliau hanya berniaga secara kecil-kecilan dan hanya mampu memperoleh sebanyak RM260 sahaja setiap bulan. Walaupun rumah usang ini mengalami banyak kerosakan akan tetapi sewanya tetap perlu dibayar sebanyak RM250 setiap bulan.
Rumah yang kini sangat dhoif dan usang. Pada bila-bila masa sahaja rumah ini akan roboh dalam laut. Atap yang rosak hanya mampu ditutup dengan kotak sahaja.
Dengan jumlah itu, secara purata keluarga Puan Faridah kini sangat kuat kerana mampu bertahan hidup dengan hanya RM10 sahaja dalam poket dan berkongsi 5 perut untuk diisi makan setiap bulan.
Malah, salah seorang anaknya kini sedang menuntut pelajaran di Universiti Malaysia Sabah. Hal ini menunjukkan bertapa kentalnya jiwa ibu tunggal ini menyara anak-anaknya sehingga ada yang mampu menjejakkan kaki ke menara gading.
Kisah ini sangat menyentuh hati kami dan kami pasti ramai lagi keluarga yang senasib atau lebih teruk dari keluarga ini diluar sana. Oleh itu kami daripada MyFundAction berusaha untuk meringgankan beban seperti keluarga Puan Faridah di sekitar Sabah.
Kami menyasarkan kutipan sebanyak RM600,000 bagi membiayai 50 buah keluarga dari segi bajet sewaan selama satu tahun. Dengan keprihatinan anda, mereka berpeluang merasai aman dan selamat walaupun didalam lena.
“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling memberikan manfaat bagi manusia. Adapun amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah membuat muslim yang lain bahagia, mengangkat kesusahan dari orang lain, membayarkan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya. Sungguh aku berjalan bersama saudaraku yang muslim untuk sebuah keperluan lebih aku cintai daripada beri’tikaf di masjid ini -Masjid Nabawi- selama sebulan penuh.”
(HR Thabrani – Dinilai hasan oleh Syeikh Al-Albani)