[HAMPIR KESEMUA BARANGAN ELETRIK TERJEJAS AKIBAT ATAP BOCOR]
Keadaan rumah yang sangat dhoif ini telah didiami oleh 9 beranak sudah sekian lama. Atap bumbung sudah tidak lagi mampu melindungi keluarga ini daripada hujan dan panas.
Puan Hermala, ibu kepada 7 orang anak hanya mampu bersyukur walaupun keadaan rumahnya tidak kondusif akan tetapi masih mempunyai rumah.
Akan tetapi dimata kita yang prihatin, rumah mereka perlu dibaiki segera supaya kehidupan seharian mereka sekeluarga lebih selesa dan selamat.
SETIAP KALI HUJAN ANAK-ANAK AKAN MANDI DALAM RUMAH SEAKAN "AIR TERJUN"

Hampir kesemua barangan elektrik rosak dan tidak berfungsi akibat ditimpa hujan yang menitis dari setiap sudut atap yang berlubang dan rapuh itu.

Buku-buku sekolah anak-anak kebasahan dan koyak kerana tiada lagi tempat yang selamat daripada terkena air hujan.

ANAK LELAKI & PEREMPUAN TIDAK TIDUR BERASINGAN
Melihat keadaan keluarga ini, kami tak sanggup membiarkan anak-anak puan Hermala yang sedang membesar, hidup dalam keadaan rumah yang sebahagian rosak dan tidak selesa.
Biarpun anak-anak beliau sudah ada yang besar, namun mereka masih tidur beramai-ramai di ruang tamu.
AYUH BINA RUMAH BARU YANG LEBIH SELESA BUAT PUAN HERMALA SEKELUARGA
Atas dasar kemanusiaan, MyFundAction telah mengambil inisiatif bagi membantu membaik pulih semula rumah keluarga ini, di bawah program Rumah Impian.
Oleh itu kami menyeru kepada anda semua, marilah bersama-sama kongsi rezeki dengan ikhlas untuk merealisasikan impian keluarga ini untuk menambahbaik rumah yang sedia ada ke lebih baik.
BAGAIMANA NAK BERKONGSI REZEKI?
Untuk membantu, anda boleh pilih pakej di bawah:
✅ RUMAH IMPIAN 200 - RM200
✅ RUMAH IMPIAN 150 - RM150
✅ RUMAH IMPIAN 100 - RM100
✅ RUMAH IMPIAN 50 - RM50
InsyaAllah semoga asbab kebaikan anda membantu keluarga ini, moga- moga kita sentiasa di bawah lindungan dan keberkatan Allah SWT.
"Barangsiapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya..."
(H.R Imam Muslim)
Untuk hulurkan bantuan secara manual transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Bank : MAYBANK
Nama : Yayasan Kebajikan Muslim (MYFUNDACTION)
No Akaun : 5602 3212 5066
Sila letakkan reference “Puan Hermala “