TIANG SURAU HAMPIR ROBOH, BAIKPULIH SATU-SATUNYA SURAU DI KG MAPAN MAPAN, PITAS, SABAH
Surau yang kelihatan sangat dhoif ini terletak di kampung Mapan Mapan, Pitas, Sabah. Ia merupakan satu-satunya pusat dakwah yang paling dekat dengan penduduk kampung sekitar 220 orang penduduk.
Banyak bahagian struktur surau yang sudah mula reput dan dimakan anai- anai. Tiang utama surau yang hampir roboh dan juga lantai yang beralaskan kayu tempat para jemaah ini solat mulai reput.
Keadaan bumbung ini juga mengalami kebocoran apabila hujan lebat. Justeru akan mengakibatkan lantai surau basah dibanjiri air hujan dan menyukarkan para jemaah untuk meneruskan solat di ruang tersebut . Keadaan ini agak bahaya untuk para jemaah jika masalah ini dibiarkan berlanjutan.
Dengan keadaan surau sebegini, jemaah sekitar agak terbatas untuk menunaikan solat secara berjemaah atau menghadiri sebarang aktiviti dan kelas pengajian kerana kondisi surau yang kurang kondusif.
KENAPA PERLU SEGERAKAN PROJEK BAIKPULIH SURAU KG MAPAN MAPAN,PITAS, SABAH?
1) Membantu menyediakan fasiliti surau yang lebih baik untuk keselesaan Jemaah surau seperti ruang solat yang lebih selesa, tempat wuduk para jemaah, kelengkapan sistem pembesar suara serta bilik stor.
2) Tempat penyediaan makanan yang khusus demi memastikan kebersihan dan kekemasan surau.
3) Baikpulih sistem saliran air sedia ada kerana air bertakung sehingga membuatkan lantai dipenuhi air dan jemaah tidak dapat meneruskan aktiviti ibadah di surau.
4) Penyediaan sistem pendawaian yang lebih baik agar elektrik tidak mudah terganggu.
5) Menyediakan kelas bimbingan Fardhu Ain termasuk kelas mengaji di bawah Pusat Mengaji An-nur.
SASARAN DAN JUMLAH KOS YANG DIPERLUKAN?
Kami menyasarkan kutipan sebanyak RM100,000 secara berperingkat bagi membiayai keseluruhan kos membaik pulih Surau kg Mapan Mapan, Pitas. Proses pembangunan akan bermula sejurus jumlah sasaran berjaya dicapai.
Sabda Rasulullah SAW:
Siapa membina sebuah masjid kerana Allah, sama ada dia kecil atau besar, pastilah Allah akan membinakan untuknya sebuah rumah (istana) dalam syurga.
[Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim]
Kami membuka peluang buat anda untuk beramal, kerana sesungguhnya wakaf yang disalurkan ini akan menjadi saksi amal jariah kita di akhirat kelak.
BAGAIMANA INGIN BERKONGSI REZEKI?
Anda boleh mula berkongsi dengan memilih mana-mana pakej di bawah :
PAKEJ A - RM500
PAKEJ B - RM200
PAKEJ C - RM100
PAKEJ D - RM50
PAKEJ E - RM30
Kami daripada MyFundAction dengan rendah diri mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk berganding bahu dalam menjayakan projek pembangunan rumah ibadah orang Islam kita. Setiap pemberian dan keprihatinan anda didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.