SURAU YANG DAHULUNYA BERGANTUNG PADA BATERI KERETA KINI DALAM PROSES NAIK TARAF


Perlaburan Yang Kekal Adalah Pelaburan Akhirat.

 Ambil Peluang Berwaqaf Jana Saham Pahala Kekal Sehingga Akhirat 

Bantu Agama Allah, Allah Akan Bantu Kamu


 Surau Tanjung terletak di sebuah perkampungan di Pulau Sakar, Lahad Datu, Sabah. Apa yang mengejutkan surau ini tiada bekalan eletrik yang berterusan kerana ianya hanya bergantung pada bateri kereta sahaja!


Penjanaan kuasa daripada bateri sahaja mampu menghidupkan lampu dan pembesar suara surau setiap kali solat Jemaah dilakukan akan tetapi, bateri akan dihantar ke pekan yang terletak di seberang untuk dicas semula setiap 1 minggu sekali.


Satu-satunya laluan menuju ke surau iaitu jambatan yang sangat dhoif juga perlu dibaiki. Hal demikian untuk mengelakkan para jemaah serta kanak-kanak yang menggunakan jambatan tersebut daripada terjatuh.

  

Jambatan menuju ke surau


"Kami tetap akan meramaikan surau ini biar pun terpaksa solat di bawah kain," luah salah seorang Jemaah. 


Terlalu banyak fasiliti yang perlu ditambah baik bagi keselesaan jemaah di sini yang mempunyai hampir 200 orang penduduk. Malah, surau ini juga adalah satu-satunya pusat untuk belajar mengaji Al-Quran.


Kami daripada MyFundAction ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk turut bersama menyokong kempen pembangunan ini bagi melancarkan proses baik pulih surau ini secepatnya agar penduduk di sini dapat menjalani ibadah mereka dengan lebih selesa.


Hasil kutipan akan digunakan untuk :

(1) Membantu menyediakan fasiliti surau yang lebih baik untuk keselesaan Jemaah surau.


(2) Baikpulih jambatan menuju ke surau


(3) Baiki pagar surau


(4) Membuka cawangan kelas mengaji di bawah program An Nur Quranic Centre


KENAPA PERLU BANTU PROJEK PEMBANGUNAN SURAU TANJUNG ?


(1) Surau kini digunakan atau berkongsi dengan 4 buah kampung yang terdiri daripada hampir 200 orang penduduk


(2) Kadar buta Al-Quran disini agak tinggi dan jika surau dapat dibaik pulih, kita akan mulakan kelas pengajian di bawah AQC.


(3) Satu-satunya surau di Pulau Sakar, solat Jumaat juga dilakukan di sini.


SASARAN DAN JUMLAH KOS YANG DIPERLUKAN ?


Kami menyasarkan kutipan sebanyak RM30K bagi membiayai keseluruhan kos baik pulih dan naik taraf surau kg Tanjung ini


Sabda Rasulullah SAW: 

"Siapa membina sebuah masjid kerana Allah, sama ada dia kecil atau besar, pastilah Allah akan membinakan untuknya sebuah rumah (istana) dalam syurga..."

[Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim]


Kami membuka peluang buat anda untuk beramal, kerana sesungguhnya wakaf yang disalurkan ini akan menjadi saksi amal jariah kita di akhirat kelak.


BAGAIMANA INGIN BERKONGSI REZEKI ?

Anda boleh memilih mana-mana pakej pilihan anda di bawah:

PAKEJ A – RM500

PAKEJ B – RM200

PAKEJ C – RM100

PAKEJ D - RM50

PAKEJ E - RM30


Kami dari MyFundAction dengan rendah hati ingin mengajak rakyat Malaysia untuk berganding bahu bagi menjayakan projek ini. Keprihatinan anda didahului dengan ucapan terima kasih. Hanya Allah yang mampu membalasnya.


Ayuh bersama-sama kami dalam projek pembangunan membina rumah Allah dan merealisasikan harapan penduduk kampung di sini. Moga Allah merahmati kalian dengan usaha ini. Bayangkan betapa besarnya manfaat yang dapat dirasai oleh saudara  kita dengan penambahbaikan surau ini.



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Pakej A RM500
Pakej B RM200
Pakej C RM100
BANTU 3 KELUARGA RM 450
BANTU 1 KELUARGA RM 150
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090