“Tiada Sistem Perpaipan, Air Perlu Diambil, Ditimba dan Dicedok Setiap Hari…”



“ Kadang-kadang hanya mengharapkan air hujan sahaja. Air kolam yang ada tidak dapat menjamin kualiti kebersihan air tersebut ”. Kata ketua kampung Mapan Mapan


Siapa sangka, 1 kolam dan 1 telaga yang menjadi tadahan hujan di sini dikongsi oleh hampir 200 orang penduduk kampung Mapan Mapan Laut, Pitas Sabah. Kerana itu saja sumber air yang mereka mampu perolehi.

Mereka terpaksa mengambil air dari kolam dan perigi untuk kegunaan harian termasuk untuk masak, minum, berwuduk, serta keperluan lainnya.


Penduduk kampung majoriti terdiri daripada nelayan. Sementara si suami turun ke laut, anak-anak dan isteri akan berulang-alik 10 minit perjalanan untuk mengambil bekalan air.


Hal ini sangat menyukarkan kehidupan seharian mereka kerana terpaksa berulang mengambil air serta dikhuatiri diserang binatang ketika melalui hutan di mana lokasi perigi itu berada.


“Bayangkan ibu atau nenek kita terpaksa memikul air dari jauh untuk kegunaan harian, sanggupkah kita biarkan ia berterusan sepanjang hidup mereka?”


Atas inisiatif ini, kami di MyFundAction berhasrat untuk membekalkan air bersih bagi kegunaan harian penduduk kg Mapan Mapan, Pitas.


 

Alhamdulillah fasa 1 telah selesai dan terkini sedang berjalan Fasa Ke-2 “Pemasangan Sistem Penapisan Air Pada Tangki Air Sedia Ada”. Namun masih berbaki RM83,634 diperlukan untuk meneruskan  fasa 2 ini.


[KEPERLUAN LENGKAP PROJEK TANGKI AIR : RM225,000]

DANA FASA 1 DIPERLUKAN : RM75,000 (telah selesai)

DANA FASA 2 DIPERLUKAN : RM150,000


FASA 1: PEMBINAAN SISTEM TANGKI AIR DAN PERPAIPAN 


  • Pembinaan tangki penyimpanan air baharu dengan kapasiti 600 gelen bersamaan 3 unit tangki air telah siap dibina.
  • Pemasangan paip saluran air ke rumah-rumah penduduk kampung telah dijalankan.


 Rumah Tangki Air


Ini akan memudahkan mereka kerana tidak perlu lagi untuk mengambil atau memikul air dari kolam buat kegunaan harian yang jauh dari kediaman mereka.


Bekalan air daripada kolam akan disimpan di dalam rumah tangki air tersebut dan akan disalurkan kepada semua penduduk. 


Namun air yang diperolehi tidak menjamin tahap kualiti kebersihan air tersebut kerana tiada penapisan air.


MENGAPA PROJEK INI PERLU DITERUSKAN?


  • Berisiko boleh menyebabkan tahap kesihatan mereka terjejas kerana tidak dijamin tahap kualiti kebersihan air tersebut.
  • Dapat memudahkan mereka untuk menyediakan makanan dengan lebih selamat dan minuman dari air yang bersih.
  • Dengan adanya penapisan air dapat mengurangkan risiko kanser dan dapat membangunkan sistem imun kanak-kanak.


Semoga dengan usaha ini dapat menyediakan sumber bekalan air yang bersih dan memudahkan penduduk kampung menjalani kehidupan harian seperti keperluan air bersih untuk mandi dan memasak tanpa perlu lagi mengambil air daripada kolam dan juga perigi.


BAGAIMANA INGIN BERWAKAF #KONGSIREZEKI?


Anda boleh memilih mana-mana pakej wakaf seikhlas hati anda:

PAKEJ A (Wakaf 1 penama)RM200

PAKEJ B – RM100

PAKEJ C – RM50

PAKEJ D – RM30


Ayuh kita bersama-sama persiapkan saliran air buat kegunaan harian mereka . Moga Allah merahmati kalian dengan usaha ini. Bayangkan betapa besarnya manfaat yang dapat dirasai oleh ummat dengan pembinaan tangki air ini.




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
PAKEJ A RM200
PAKEJ B RM150
PAKEJ C RM100
PAKEJ D RM50
PAKEJ E RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090