SEKELIP MATA AIR NAIK HANYUTKAN SEMUA

Situasi pandemik Covid-19 masih belum reda, negeri Kedah pula dilanda banjir teruk ekoran kejadian kepala air yang berlaku.
Doakan mereka. Keselamatan mereka dan bekalan makanan perlu menjadi keutamaan ketika ini.
Allahuakbar!
Beginilah keadaan mereka sekarang, banyak keluarga yang terjejas. Rumah, kenderaan, barang-barang musnah.
Wakil MyFundAction telah menggerakkan bantuan awal buat mereka yang terkesan. Selain bantuan tenaga untuk pembersihan, bantuan keperluan dari segi:
✅ Bekalan Makanan Asas yang mengandungi lebih 15 barang dapur termasuk beras, minyak, susu dan gula
✅ Bantuan Kit Kebersihan yang mengandungi lebih 15 barang penjagaan kebersihan diri seperti sabun, ubat gigi, sanitizer
✅ Pek Makanan Sedia Dimakan yang boleh terus dimakan pada bila-bila masa
Kami memerlukan sokongan anda untuk membantu lebih ramai keluarga. Ayuh bersama kami menjayakan misi ini!
Rasulullah bersabda:
“Barangsiapa yang meringankan (beban) seseorang yang sedang kesulitan, maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat" [HR Muslim]