[#SAHAM AKHIRAT] KUTIP ROTI ATAS TANAH UNTUK MAKAN DAN TERUSKAN HIDUP
![[#SAHAM AKHIRAT] KUTIP ROTI ATAS TANAH UNTUK MAKAN DAN TERUSKAN HIDUP [#SAHAM AKHIRAT] KUTIP ROTI ATAS TANAH UNTUK MAKAN DAN TERUSKAN HIDUP](https://mfa.myfundaction.org.my/media/forms/201-im13-kilangrotisyria-1607493503.jpg)
HAKIKAT SAUDARA MUSLIM KITA DI SYRIA
Seluruh dunia tahu, jika di sebut Syria, terbayang bagaimana kebelakangnya mereka dari pelbagai aspek berbanding dengan negara yang lain.
Tahukah anda? Di Syria, terdapat 52 buah kem pelarian di sekitar A'zaz sahaja dengan jumlah 1 juta orang sejak 2019.
Situasi sekarang bertambah genting apabila angka perlarian semakin bertambah daripada 1 juta kepada jampir 2 juta orang dengan 8 buah kem tambahan.
Menitis air mata pasukan kami semasa menceritakan kisah seorang kanak-kanak lelaki di kem pelarian Syria mengutip serbuk roti atas tanah demi untuk mengisi perut kosongnya.
KILANG ROTI DI AZAZ, SYRIA
Suatu masa dahulu, kilang roti Azaz, satu-satunya kilang yang menghasilkan roti, terpaksa ditutup kerana tiada sumber kewangan.
Kini kilang roti beroperasi sekaligus telah menambah peluang pekerjaan dan juga penghasilan bekalan roti.
Oleh itu, kami dari MyFundAction membuka peluang buat orang ramai yang ingin berkongsi rezeki dengan memastikan 25,000kg tepung dapat dibekalkan setiap bulan untuk manfaat 45,000 buah keluarga.
Kami menyasarkan kutipan sebanyak RM300,000 untuk membekalkan tepung selama 3 bulan berturut-turut. Kita mengharapkan mereka dapat merasa sekurang-kurangnya sekeping seorang.
Dari Abu Hurairah ra, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda:
.
“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat…”.
(HR. Muslim)
Ayuh kita bantu semampu kita agar tidak diminta pertanggungjawaban di akhirat kelak.
BAGAIMANA KILANG ROTI INI AKAN DIURUSKAN?
Wakil kami di Azaz, Syria menguruskan kilang roti ini dan segala bantuan yang kita salurkan akan diuruskan sebaiknya dari sana. Anggaran 1.2juta orang yang akan mendapat manfaat.
BAGAIMANA INGIN BERKONGSI REZEKI?
Anda boleh memilih mana-mana pakej mengikut kemampuan anda:
PAKEJ A – RM200
PAKEJ B – RM100
PAKEJ C - RM50
Jom kita hulurkan tangan bersama saudara kita di Syria untuk mereka meneruskan hidup dan memberi sinar baru buat mereka. Jika kita tak mampu untuk mempertahankan negara mereka, kita berikan mereka semangat untuk boleh teruskan hidup.
Semoga dengan perkongsian rezeki kita buat mereka menjadi salah satu daripada amalan yang tidak terputus pahalanya, saham bekalan di akhirat buat kita selepas kita meninggalkan dunia, In Shaa Allah.