“Makanan PERCUMA setiap hari Jumaat…”

“Hakikat hari ini...ada keluarga di luar sana yang terpaksa mencatu makanan, ikat perut, diuji dengan kesukaran menyara hidup…”



“Sukarelawan Youth of Strength and Happiness (YOSH) bersama-sama mengerah tenaga bagi menjayakan misi Rezqi Jumaat pada setiap Jumaat…”



Program Rezqi Jumaat, makanan buat mereka yang memerlukan

Meskipun gelaran sayyidul ayyam berkenaan datangnya daripada sebuah riwayat yang daif, namun ia sedikit pun tidak merencatkan kemuliaan pada hari Jumaat itu sendiri.

Terdapat banyak kelebihan hari Jumaat sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran dan hadis. Selain hari yang mulia, Jumaat merupakan hari mustajabnya berdoa dan dihapuskan dosa.

Lebih istimewa lagi apabila umat Islam berkumpul dan melakukan ibadah bersama-sama menerusi solat Jumaat.



Antara wakil keluarga yang hadir untuk mendapatkan pek Rezqi Jumaat


Bahkan, kita digalakkan untuk melakukan beberapa amalan sunat seperti membaca Surah al-Kahfi, mandi sunat Jumaat dan seumpamanya sebagai tanda mengagungkan hari Jumaat serta mengikut sunah Nabi Muhammad SAW.

Bersempena hari Jumaat yang mulia ini, kami daripada MyFundAction mengalu-alukan orang ramai untuk bersama berkongsi rezeki dengan orang lain.





Bagaimana Ingin Beri Sokongan Untuk Agihan Rezqi Jumaat ni?

Mulakan hajat dengan menyokong Program Rezqi Jumaat anjuran Food For Hunger dengan kerjasama daripada MyFundAction dalam usaha untuk meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan.

Kita tidak akan termampu untuk beri kepada semua, namun usaha ini bakal meringankan beban segilintir dari mereka yang memerlukan. 


REZQI JUMAAT A – RM100

 REZQI JUMAAT B – RM70

 REZQI JUMAAT C – RM50
REZQI JUMAAT D – RM20



"Dan Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu menolong saudaranya."
 (Hadis Riwayat Muslim)




Semoga dengan perkongsian rezeki kita buat mereka menjadi salah satu daripada amalan yang tidak terputus pahalanya, saham bekalan di akhirat buat kita selepas kita meninggalkan dunia, In Shaa Allah.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
REZQ JUMAAT A - RM 100
REZQ JUMAAT B - RM 70
REZQ JUMAAT C - RM 50
REZQ JUMAAT D - RM 20
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090