JADIKAN SEBAGAI SATU AMALAN YANG BERTERUSAN





Program Rezeki Ummat, Keperluan Asas Buat Mereka Yang Memerlukan. Setiap bulan apabila tiba gaji, kita pasti sedang memikirkan gaji yang diperoleh masih tidak cukup untuk bayar itu dan ini. Tetapi kita juga perlu fikir masih ada orang yang tidak ada gaji untuk membeli makanan sahaja.


Sasaran kempen ini adalah sebanyak
3,000 buah kotak setiap bulan yang mana kos bagi sebuah kotak adalah RM140.00. Oleh itu, kami menyasarkan kutipan sebanyak RM420,000 sebulan.


Pelbagai cerita dan situasi yang telah kami lalui semasa pengagihan dilakukan. Ada yang hilang pekerjaan, tiada susu untuk anak-anak, tiada wang untuk membeli makanan dan macam-macam lagi.


Jujur kami katakan kali ini benar-benar menguji jati diri kerana setiap agihan yang kami buat, pelbagai cerita dan berbagai jenis keadaan yang kami jumpa.



Tiada pekerjaan dan pendapatan bulanan yang tetap menyebabkan mereka terhimpit dengan kesusahan. Keperluan semasa yang semakin meningkat dengan ketidaktentuan ekonomi mengeruhkan lagi kehidupan mereka.

Inilah realiti yang tidak kita sedari, masih lagi terdapat ramai golongan yang terjejas terutamanya ketika pandemik covid melanda. 

Jelas kelihatan kegembiraan ketika kami menyerahkan amanat rakyat Malaysia yang membantu menjayakan Kotak Rezeki Ummat untuk mereka meneruskan kehidupan. Bukan sahaja mereka yang merasa gembira ketika menerima, bahkan kami juga berasa bahagia ketika memberi amanat tersebut. Apatah lagi selepas melihat senyuman mereka yang tidak lekang dari bibir.

Setiap hari ada sahaja permohonan bantuan yang kami terima tanpa henti. Ini adalah ‘wake up call’ buat rakyat Malaysia diluar sana. Walaupun kita tidak mengenali mereka tetapi bayangkan sekiranya mereka itu adalah kenalan kita sendiri. Sanggupkah kita membiarkan rakan, sahabat hidup sedemikian rupa?

Oleh itu, kami di MyFundAction ingin menyeru anda semua untuk bersama-sama kami menggembleng tenaga dalam usaha membantu mereka yang memerlukan sekaligus membasmi kemiskinan di negara ini. 




Bantuan keperluan dari segi:
1)  Bekalan Makanan Asas yang mengandungi lebih 15 barang dapur termasuk beras, minyak, susu dan gula
2)  Barangan Keperluan Kebersihan seperti sabun mandi, bahan pencuci baju dan bahan pencuci pinggan mangkuk.  
3)  Pek Makanan Sedia Dimakan yang boleh terus dimakan pada bila-bila masa



Kami memfokuskan pemberian kepada beberapa golongan di seluruh negara yang terkesan dalam usaha menangani penularan wabak pandemik. Antaranya:

1 .   Golongan B40, miskin dan miskin tegar.
2 .   Kurang Berkemampuan (OKU dan Orang Tua)
3 .   Bantuan pasca bencana
4 .   Masyarakat pedalaman (Orang Asli)
5 .   Hilang punca pendapatan



Alhamdulillah, sehingga Oktober 2021, dianggarkan sebanyak 28,934 buah kotak berjaya diagihkan kepada lebih 116 ribu orang yang telah mendapat manfaat hasil daripada kerjasama anda semua.justeru kami mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk terus bersama kami supaya lebih ramai dapat dibantu.

Semoga usaha ini dapat meringankan beban yang ditanggung dan pada masa yang sama dapat menambah beban pahala buat kita di Akhirat kelak InshaaAllah. Kami percaya masih ada yang bersimpati dengan nasib mereka.

Kami tidak mampu lakukannya sendirian, kami perlukan sokongan anda. 


BAGAIMANA MAHU BERSAMA HULURKAN BANTUAN?

Untuk membantu, anda boleh pilih pakej di bawah:

 BANTU 1 KELUARGA SELAMA 6 BULAN  – RM 1920

✅ BANTU 5 KELUARGA – RM 700

✅ BANTU 3 KELUARGA – RM 420

✅ BANTU 1 KELUARGA – RM 140

✅ SEIKHLAS HATI  - RM 30


InsyaAllah semoga asbab kebaikan anda membantu keluarga ini, rezeki anda akan diberkati dan terbuka seluasnya pintu rezeki buat keluarga anda. Semoga kita sentiasa di bawah lindungan dan keberkatan Allah SWT.


CAHAYA ATAS KEBAJIKAN YANG DIBERIKAN

Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
BANTU 1 KELUARGA SELAMA 6 BULAN RM 1920
BANTU 5 KELUARGA RM 700
BANTU 3 KELUARGA RM 450
BANTU 1 KELUARGA RM 150
SEIKHLAS HATI RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090