[KELUARGA DIUJI DENGAN DERITA PELBAGAI PENYAKIT]


Hidup Kamsiah binti Alias tidak lekang dengan ujian. Tatkala sedang diuji dengan kesempitan harta benda, anak serta menantu tercinta menderita penyakit kronik yang memerlukan rawatan segera. Kesihatannya juga tidak berapa baik setelah didiagnos kerosakan buah pinggang, kencing manis dan masalah jantung.


ALAMI MASALAH PENGANGKUTAN KE HOSPITAL

Puan Kamsiah mengalami kerosakan buah pinggang. Setiap minggu, puan Kamsiah ditemani cucu ke pusat dialisis di Ara Damansara sebanyak tiga kali dengan menaiki Grab. Kos menaiki Grab sahaja untuk satu perjalanan pergi dan balik telah memakan sebanyak RM30. Belum lagi dicampur kos rawatannya di pusat dialisis tersebut. 


Selain itu, puan Kamsiah juga perlu menghadiri pemeriksaan jantung di PPUM setiap satu atau dua minggu sekali mengikut keadaan kesihatan semasa puan Kamsiah. Kos ke PPUM ini juga telah memakan kos sebanyak RM50 pergi dan balik. Begitu sukar keadaan puan Kamsiah yang hanya ingin membuat rawatan susulan.


Begitu juga anaknya, puan Zamelah yang sepatutnya menjalani pemeriksaan kesihatannya di PPUM. Namun, atas masalah kewangan yang dihadapi puan Zamelah sudah tidak dapat lagi ke PPUM kerana tidak mampu membayar tambang Grab yang mencecah RM50 untuk perjalanan pergi dan balik. Kini, puan Zamelah hanya ke Klinik Kesihatan Damansara dengan berjalan kaki sejauh 280m dari rumah.  


Dua ahli keluarga telah diduga masalah kesihatan, ditambah lagi dengan menantu puan Kamsiah. Keadaan fizikal menantunya pula semakin lemah sejak terkena serangan hyperthyroid semenjak 2 tahun lepas. Muhammad Yuhanis tidak dapat bekerja lagi kerana kerap kali diserang sakit badan, lemah, berpeluh, dan cepat penat. Setakat ini, Encik Yuhanis hanya diberi ubat tahan sakit dan masih tiada panggilan hospital untuk rawatan lanjut. 


Hasil jualan kuih dan keropok tidaklah seberapa bagi menampung perbelanjaan keluarga ini. Tiga cucunya pula masih bersekolah. Selebihnya hanya bergantung kepada wang zakat yang diperoleh puan Zamelah setiap bulan. Itu pun masih belum cukup, ditambah kos rawatan serta pengangkutan ke hospital. 


AYUH BERI SOKONGAN KEPADA MEREKA!

Mereka juga boleh merasai nikmat kesihatan seperti kita. Huluran tangan anda amat bermakna untuk mengeluarkan mereka daripada kesulitan hidup yang telah lama membelenggu. 

Oleh itu, kami daripada MyFundAction bekerjasama dengan MyHeart ingin membuka tabung kesihatan buat puan Kamsiah dan keluarga. Anda boleh memilih pakej – pakej di bawah sebagai tanda beri sokongan anda buat keluarga ini. Jika hari ini anda membantu mereka yang sedang menghadapi kesukaran. Esok lusa mungkin mereka pula yang membantu anda.


PROJEK: TABUNG KAMSIAH DAN KELUARGA

Tabung MyHeart RM500

Tabung MyHeart RM200

Tabung MyHeart RM100

Tabung MyHeart RM50

Tabung MyHeart RM30


Menjelang Ramadhan yang hampir tiba tidak lama lagi, inilah masa anda untuk rebut ganjaran pahala yang tidak ternilai banyaknya. 


Semoga Allah Taala melipat gandakan rezeki yang kita miliki dan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat atas kesudian berkongsi rezeki meringankan beban Puan Kamsiah sekeluarga.







Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090