[Projek Khas MyFundAction #SelamatkanPal4stin]


Kemusnahan yang di alami bumi Pal4stin seperti tiada titik noktah. Namun itu bukan penghalang untuk kita membantu membangunkan semula bumi ini bersama-sama saudara kita disana. 


  • Pada tahun 2014 - sekurang-kurangnya 2100 orang terbunuh.
  • Pada tahun 2018 - sekurang-kurangnya 168orang terbunuh.
  • Pada tahun 2019 - sekurang-kurangnya 34 orang terbunuh.
  • Pada tahun 2021 - sekurang-kurangnya 232 orang terbunuh.



Bayangkan betapa tersiksanya emosi saudara kita di sana yang menjalani kehidupan seharian dalam keadaan tidak aman?


KEPERLUAN MENDESAK

Lebih kurang 2 Juta penduduk muslim G4za sedang dirawat, dipukul dan dibunuh oleh tentera Zionis tanpa belas ehsan tidak mengira waktu dan tidak peduli sama ada kanak-kanak ataupun orang dewasa  tanpa rasa bersalah.

 

Hospital As-Shifa satu-satunya hospital yang lengkap dengan peralatan moden di Pal4stin. Tapi sayang, ianya terletak luar dari G4z4.


Hospital ini mengalami kekurangan bekalan ubat-ubatan akibat kepungan dan sekatan Israel yang dikenakan sejak 15 tahun lalu dan sekiranya mangsa peperangan semakin bertambah, hospital ini bakal lumpuh oleh kerana kekurangan katil untuk pesakit.


PROJEK KLINIK PERUBATAN

Projek ini bertujuan untuk membina dan melengkapkan klinik perubatan di kampung Om Al-Khair yang dapat memberi khidmat kepada lebih daripada 15 ribu orang di tujuh kawasan di sekitar bandar G4z4 yang tidak ada pusat jagaan kesihatan.


Yang menjadi cabaran utama kepada penduduk G4z4 ini adalah ketiadaan pusat perkhidmatan kesihatan yang boleh menampung pesakit yang ramai dalam satu-satu masa atau sekiranya berlaku kecemasan.


Mereka terpaksa menggunakan lorong tikus untuk  ke Hebron atau Yatta kerana kekurangan pengangkutan awam dan ketiadaan ambulans.


UFUK  Association for Relief and Development dan MyFundAction mahu membina sebuah klinik untuk menyediakan fasiliti kesihatan bagi menampung seramai 15 ribu penduduk di sini.


Ia merupakan sebuah klinik pertama yang akan dibangunkan di kawasan perkampungan Om Al-Khair yang mana ianya terletak  45 km daripada BaitulMaqdis dan 50 km daripada tebing sempadan G4z4.


Secara tidak langsung, akan memudahkan penduduk di sini untuk mendapatkan rawatan. Dimana sekarang, klinik yang terdekat dengan kawasan ini sejauh 25 km yang mana ianya adalah mustahil bagi mereka kerana kurangnya pengangkutan awam. 


PROPOSAL CADANGAN PEMBINAAN SEBUAH KLINIK 







SASARAN PERBELANJAAN DAN DURASI PEMBINAAN 

 


BAGAIMANA INGIN BERKONGSI REZEKI?

Pada masa kini, kami menfokuskan pada pembangunan fasa pertama iaitu kos penyediaan persediaan segala dokumentasi dan kebenaran pihak berkaitan serta penyediaan tanah tapak binaan yang memakan kos sebanyak lebih kurang RM 1.2 Juta ringgit Malaysia


Oleh itu, kami membuka ruang dan peluang bagi anda semua untuk mewaqafkan harta untuk pembangunan sebuah klinik yang mana ianya akan digunakan untuk membantu ribuan penduduk di sekitar G4z4. Semoga ini akan menjadi saham akhirat yang akan terus mengalir selagi mana ianya digunakan. 


Ayuh, anda boleh memilih mana-mana pakej seikhlas hati anda:

PAKEJ A - RM500

PAKEJ B - RM200

PAKEJ C - RM100

PAKEJ D - RM50

PAKEJ E - RM30

Kami dari MyFundAction dengan ini ingin mengajak rakyat Malaysia untuk berganding bahu bagi menjayakan projek ini. Segala  keprihatinan anda amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Hanya Allah yang mampu membalasnya.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
PAKEJ A RM500
PAKEJ B RM200
PAKEJ C RM100
PAKEJ D RM50
PAKEJ E RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090