[PAKAIAN ANAK-ANAK HABIS DISAMBAR KEMARAKAN API]
Debaran sambutan bulan Aidil Fitri masih terasa, namun tidak semua bernasib baik. Realiti yang dihadapi hari demi hari perit untuk ditelan. Dalam menghadapi gelombang ke-3, ekonomi semakin terjejas.
Dalam sedar atau tidak, ramai yang terhimpit dengan kesusahan. Ada yang susut sumber pendapatan, bahkan ada yang kehilangan kerja sekaligus hilang pendapatan. Pelbagai cerita dan situasi yang menarik perhatian kami di MyFundAction.
Kisah meruntun jiwa ketabahan apabila rumah sewa yang didiami oleh pasangan suami isteri yang membesarkan anak-anak seramai 6 orang. Setiap ibu bapa pasti inginkan keperluan anak-anak mereka dipenuhi, begitu juga dengan En Zulkifli walaupun berdepan kesempitan hidup.
Tidak terduga sekelip mata keadaan berubah apabila En Zulkifli berusia 50 tahun diduga dengan kehilangan pekerjaan disebabkan oleh pandemik covid 19.
Beliau sebelum ini bekerja sebagai pemasangan khemah untuk majlis-majlis perkahwinan namun 8 bulan yang lalu, beliau diberhentikan kerja disebabkan syarikat tersebut tidak beroperasi dan tidak mampu membayar gaji sehingga menyebabkan terpaksa menjual khemah-khemah yang ada.
Pilu mendengar kisahnya, Encik Zul juga diberi ujian oleh Allah s.w.t apabila anak sulungya, Putri Aina Salwa, 13 tahun bersekolah di SMK Selayang Baru 1 disahkan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU). Keadaan dirinya yang agak lembam dalam pembelajaran menyukarkan proses pembelajaraanya.
Ibunya tidak menyekolahkannya di sekolah khas kerana yakin akan perubahan dalam diri anaknya apabila bergaul dengan anak-anak lain yang normal. Secara fizikal, adik Aina tidak kelihatan seperti OKU tetapi setelah mengenali dirinya, baru mengetahui bahawa adik Aina tergolong dalam golongan tersebut.
Selain itu, turut mengikuti jejak langkah kakak yang sulung, anak kedua Encik Zul, Putra Amirul Khalif, 12 tahun bersekolah di SK Selayang Baru 2, juga dikhuatiri mempunyai simptom-simptom seperti kakaknya. Adik Amirul seorang yang hyper-aktif dan mempunyai sifat yang tidak terkawal.
Adik Amirul akan bersikap agresif sekiranya dihalang dari melakukan sesuatu yang disukai. Pernah juga ibu kepada adik Amirul dihubungi pihak sekolah apabila adik Amirul cuba untuk melompat bangunan sekolah dari tingkat dua.
Apabila ditanya, adik Amirul tidak langsung menyedari akan peristiwa tersebut. Namun, adik Amirul merupakan anak murid yang sangat diambil berat oleh gurunya.
Tidak terkecuali juga anak kelima Encik Zul, adik Ariana Batrisya 5 tahun juga sudah mula mempunyai simptom seperti abang keduanya apabila isteri Encik Zul mengesan adik Ariana seperti bisu seawal 3 tahun. Ibunya kerap kali berdoa agar diberi Adik Ariana kebolehan bersuara.
Doa ibunya termakbul apabila sewaktu kilat memetir di suatu malam dan adik Ariana bercakap dengan ibunya “ibu, adik takut”. Menitis air mata Puan Syarifah apabila mendengar perkataan yang keluar dari mulut adik Ariana.
_______________________________
AIDIL FITRI DIRAI DENGAN KESEDIHAN, RUMAH HANGUS TERBAKAR
Tepat pada 8 Mei 2021, kediaman keluarga Encik Zul hanggus dijilat api. Segala persiapan perayaan Aidil fitri, baju anak-anak dan juga perkakasan eletrik seperti peti ais, mesin basuh baju dan mesin penapis air.
Kesedihan menguasai diri apabila satu-satunya tempat keluarga Encik Zul berteduh dari panas terik dan hujan badai ditimpa kelamalangan kebakaran. Kebakaran yang tidak diketahui punca bermula dari bilik stor simpanan barangan kering seperti beras, minyak dan lain-lain.
Keadan bilik simpanan pakaian anak-anak encik Zul selepas kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan.
Keadaan dapur yang ditimpa atap genting akibat bumbung yang ranap dimakan api. Mujur hos tong gas tidak terjejas yang mana memungkinkan untuk ia meletup.
KAMI MEMERLUKAN SOKONGAN DAN DOKONGAN ANDA SEMUA DEMI MENJAGA KEMASLAHATAN KELUARGA ENCIK ZULKIFLI DAN PUAN SYAFIQAH
Oleh itu, kami dari MyFundAction dalam usaha untuk membantu Encik Zul bangkit dari dugaan untuk keperluan keluarganya dari segi barangan keperluan harian, barangan dapur, perkakasan elektrik dan juga pakaian anak-anak encik Zul.
Semoga usaha ini dapat meringankan beban yang ditanggung dan pada masa yang sama dapat menambah beban pahala buat kita di Akhirat kelak InshaaAllahSemoga sokongan daripada pihak anda mampu memberikan senyuman kepada mereka, kami percaya masih ada yang bersimpati dengan nasib mereka. Ayuh berikan sinar kebahagiaan buat mereka!
Allah berfirman:
“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”
(QS. Al Maidah: 32)
____________________________________________
BAGAIMANA MAHU BERSAMA HULURKAN BANTUAN?
Untuk menyokong, anda boleh pilih pakej di bawah:
✅ PAKEJ A – RM 140
✅ PAKEJ B – RM 70
✅ PAKEJ C – RM 50
✅ PAKEJ D – RM 30
InsyaAllah semoga asbab kebaikan anda membantu keluarga ini, rezeki anda akan diberkati dan terbuka seluasnya pintu rezeki buat keluarga anda. Semoga kita sentiasa di bawah lindungan dan keberkatan Allah SWT.
_________________________________________
CAHAYA ATAS KEBAJIKAN YANG DIBERI
Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya..."