[SUDAHLAH LUMPUH BAPANYA, SUAMI PULA ADA PENYAKIT MENTAL]


Hilang tempat bergantung apabila suami disahkan menghidap penyakit mental di awal tahun 2021.  Limpahan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi puan Muliaty, 31, dalam membesarkan 5 anaknya yang masih kecil tanpa seorang suami. Kehidupan yang ala kadar dan berbekalkan apa yang ada, menjadi rutin perjalanan harian mereka. 


Peritnya kehidupan bagi seorang wanita yang terpaksa menguruskan sendiri dan mengalas tanggungjawab sebagai seorang ayah untuk menyara anak-anak apabila suami beliau dimasukkan ke Hospital untuk rawatan penyakit mental.


Tambahan pula, tanggungjawab dan kasih seorang anak terhadap bapanya juga tidak dilupakan apabila bapanya lumpuh separuh badan akibat jatuh di dalam tandas.

Puan Muliaty bekerja sebagai krew pembersihan separuh masa  di sebuah Universiti suatu ketika dahulu. Namun sejak covid melanda, sumber pendapatannya telah terjejas. Sekarang ini, beliau sudah tidak lagi  bekerja kerana telah diberhentikan kerja ketika musim PKP yang lalu. 


Untuk menampung kos perbelanjaan mereka sekeluarga, kini puan Muliaty hanya menjual kuih-muih secara kecilan. Kadang-kadang, beliau turut turun ke laut untuk memungut hasil laut bersama anak-anak.


Seramai 5 orang anak tanggungan beliau yang masih kecil masing-masing berumur 12 tahun, 9 tahun, 7 tahun, 6 tahun dan 4 tahun. Perbelanjaan sekolah anak-anak ini hanya mengharapkan hasil pendapatan daripada jualan kuih sahaja. Betapa tabahnya mereka menjalani kehidupan seperti ini.


Justeru itu, sebagai seorang wanita yang menyara keluarga, amat sukar bagi puan Muliaty mencari rezeki tambahan bagi menampung kos perbelanjaan harian keluarga beliau.


Mari bersama MyFundAction menyantuni mereka yang memerlukan sewaktu negara dalam krisis ekonomi yang semakin membimbangkan. Ayuh bersama kita ringankan tulang membantu mengurangkan beban mereka.


Allah berfirman:

“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”

(QS. Al Maidah: 32)


BAGAIMANA MAHU BERSAMA HULURKAN BANTUAN?

Untuk menyokong, anda boleh pilih pakej di bawah:

✅ PAKEJ A – RM 200

✅ PAKEJ B – RM 100 

✅ PAKEJ C – RM 50 

✅ PAKEJ D – RM 30 

InsyaAllah semoga asbab kebaikan anda membantu keluarga ini, rezeki anda akan diberkati dan terbuka seluasnya pintu rezeki buat keluarga anda. Semoga kita sentiasa di bawah lindungan dan keberkatan Allah SWT.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Pakej A RM500
Pakej B RM200
Pakej C RM100
BANTU 3 KELUARGA RM 450
BANTU 1 KELUARGA RM 150
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090