“RUMAH REPUT DAN SENGET,TERPAKSA TAHAN DENGAN ‘JACK’ KERETA”
AIR MATA SEORANG IBU / ISTERI
Ibu mana yang tidak terkilan bila tak mampu menyediakan ruang yang cukup baik dan selamat untuk anak-anak berteduh? Terlalu banyak kebocoran berlaku di atap rumah. Suami usaha tampal mana yang berlubang, tapi berapa lama lah sangat dapat bertahan tampalan itu?
Nak beli zink baru sebagai ganti yang lebih baik, kewangan pula tidak mencukupi. Setiap hari Marhalim keluar menorah getah. Puan Ruhaini berusaha juga membantu kewangan keluarga dengan berniaga kuih kecil-kecilan. Alhamdulillah, anak rajin membantu dan tak pernah merungut.
Memberi keutamaan kepada anak perempuan mereka disebabkan ruang rumah yang sangat kecil, anak lelaki perlu duduk dan tidur di ruang tamu yang tidak bertingkap dan juga tidak berkipas manakala anak perempuan berada di dalam bilik. Rumah reput ini juga terpaksa bergantung dengan kayu yang dipasak dari rumah sebelah.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Keadaan rumah mereka kelihatan sangat dhaif. Mana tidaknya, banyak kayu yang menampung rumah ini ini sudah reput baik di lantai dapur mahupun di lantai ruang tamu, hanya menunggu masa menyembah bumi. Lebih menyedihkan apabila terpaksa menggunakan penahan kereta (car jack) dan kayu panjang sebagai alat untuk menahan rumah mereka daripada senget dan runtuh.
KEADAAN SEMASA RUMAH ENCIK MARHALIM
Lantai rumah yang perlu ditahan dengan ‘jack’ kereta.
Keadaan rumah yang tidak kukuh untuk dihuni.
PROJEK RUMAH IMPIAN BUAT PUAN RUHAINI.
PELAN BINAAN RUMAH IMPIAN YANG BERHARGA SEBANYAK RM70,000.
Pelan Lakaran Lantai Rumah.
Gambaran Hadapan Rumah
TIGA AMALAN YANG TIDAK AKAN PUTUS DI DUNIA DAN AKHIRAT.
Kami daripada MyFundAction menjalankan kempen Rumah Impian dimana kempen ini bertujuan untuk menyediakan rumah baru yang lebih baik dan selesa buat asnaf yang terpilih. Kami menyasarkan kutipan sebanyak RM70,000 bagi membiayai keseluruhan pembinaan rumah baharu buat En Marhalim dan keluarga.
Ayuh bersama kami membantu En Marhalim sempurnakan rumahnya supaya anak-anak dapat membesar dan mempunyai kualiti pendidikan serta kesihatan yang lebih baik di masa hadapan.
Allah berfirman:
“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”
(QS. Al Maidah: 32)
BAGAIMANA INGIN BERKONGSI REZEKI?
Anda boleh memilih mana-mana pakej seikhlas hati anda:
Rumah Impian 15 Lot RM 1,200
Rumah Impian 10 Lot RM 800
Rumah Impian 5 Lot RM 400
Rumah Impian 1 Lot RM 80
Rumah Impian RM 30
Boleh teruskan transaksi secara online menerusi akaun berikut :
Maybank
550510970248
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction)
Rujukan : ENCIK MARHALIM