[Licin Terbakar, Tiada yang Tersisa. Bina Semula Tempat Berteduh Mek Kelthum Dan Cucu Cicitnya]

Rumah Mek habis licin hangus terbakar. Tiada satu pun yang tersisa. Sebak dan sayu rasanya bila mengenang bagaimanalah Mek nak hadapi raya tahun ni? Kehidupan Mek bagai sudah jatuh ditimpa tangga. Belum hilang 1 kesedihan, diuji pula dengan kesedihan lainnya.

Here we go.

Ini adalah Mek Kelthum. Kita panggil Mek sahajalah ya.



Mek tinggal dengan 2 orang cucu, lingkungan 26 tahun ke bawah. Seorang bekerja, seorang tidak. Seorang berkeluarga, seorang lagi tidak. Cucu yang berkahwin dan ada 5 cahaya mata. Merekalah yang menyara Mek sekarang. 


Mek ada 4 orang anak. 3 dah meninggal, tinggallah seorang anak perempuan. Cucu yang menyara Mek kerja toreh getah dengan gaji RM700/bulan dan ada anak-anak masih bersekolah. Mek tinggal 8 orang serumah. Mereka semua kini tinggal menumpang di rumah orang lain, dan bila-bila masa pemilik rumah boleh mengambil semula rumah.


Allahu, Mek selalu ulang, "Buruk buruk pun, rumah kita. Kita selesa duduk rumah sendiri"


Anak Mek yang bongsu meninggal sebab jatuh pokok. Dialah sebelum ini yang selalu bawak Mek ke mana-mana, yang jaga Mek. Sedih belum berganti, 2 bulan berlalu selepas anak Mek meninggal, rumah yang baru ditambah bahagian dapur itu pula Allah takdirkan terbakar. Tak senang nak menyimpan duit. Ada rezeki lebih tambah sikit-sikit ruang dapur. Tapi, apakan daya. Habis semuanya hangus tak tinggal apa.

___________________________________________________________

Allah, kalau nak uji, Dia akan datangkan dengan macam-macam cara. Kita sahajalah yang kena sedia dengan iman, untuk syukur dan tabah dengan apa jua dugaan.

____________________________________________________________



Alhamdulillah, syarat untuk Mek dapat rumah baru terpenuhi. Kami dari MyFundAction akan berusaha sebaik mungkin untuk dirikan juga rumah Mek secepatnya. Tolong doakan projek ini mendapat ramai sokongan dan dokongan daripada mereka yang kasih dan sayangkan Mek. Keikutsertaan kita membuktikan kasih sayang kita yang tanpa sempadan dan tak mengira latar belakang.


p/s : Cucu Mek jual kacang tepung, sedap! Kami plan juga untuk bantu cucu Mek berniaga, biar mereka mampu stabilkan ekonomi keluarga mereka. Mek tak ada siapa dah, anak cucu sahajalah tempat berpaut.


Jom, kongsi rezeki dengan Mek Kelthum. Harapnya sempat lah dia dan cucu cicitnya merasa beraya di rumah baru. Kami membuka peluang buat anda untuk beramal, kerana sesungguhnya sokongan dan tajaan yang disalurkan ini akan menjadi saksi amal jariah kita di akhirat kelak.


BAGAIMANA INGIN BERKONGSI REZEKI?

Anda boleh memilih mana-mana pakej wakaf seikhlas hati anda:

PAKEJ A – RM500

PAKEJ B – RM200

PAKEJ C – RM100

PAKEJ D – RM50
PAKEJ E - RM30

_______________________________________________________________

Untuk transaksi secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.

Bank : Maybank

Nama : Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction)

No Akaun : 550510970248

Sertakan reference : Mek Kelthum

_____________________________________________________________


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
PAKEJ A RM500
PAKEJ B RM200
PAKEJ C RM100
PAKEJ D RM50
PAKEJ SEIKHLAS HATI
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090