[RAMADHAN KALI INI MARI KITA KONGSI BERSAMA]


IFTAR DI BULAN RAMADHAN ITU SEBUAH PERKONGSIAN.
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang teristimewa kerana di dalamnya terdapat pelbagai kelebihan dan peristiwa penting Islam telah Allah jadikan di dalam bulan keberkatan ini.

Dalam bulan ini Allah telah menurunkan kitab suci yakni Al-Quran di mana semua masyarakat muslim mengelarnya sebagai malam nuzul al-Quran sempena memperingati malam penurunan Al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W pada 17 Ramadhan.

Di samping itu, Allah s.w.t  turut mengurniakan sebuah malam yang amat bernilai yang terdapat pada sepuluh malam terakhir Ramadhan iaitu malam Lailatul Qadar.

Keistimewaan malam ini telah dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam firmannya yang bermaksud:

"Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan."
(Surah Al-Qadr: 3)

Ramadhan umpama madrasah yang mendidik diri dan jiwa setiap muslim untuk memperbaiki tingkah laku dan perbuatan kita. Berpuasa di bulan Ramadhan tidak hanya diukur menerusi usaha menahan lapar dan dahaga semata-mata.

Ia menjadi medan bagi kita untuk melawan hawa nafsu yang sebenarnya menjadi musuh utama dalam diri setiap hamba Allah. Maka, setiap anggota perlu dijaga sebaik mungkin antaranya mata, telinga, tangan, kaki, perut, hati dan kemaluan.

Kualiti dalam beribadah puasa akan dapat diperolehi kerana hadirnya keihklasan kerana Allah. Kemanisan dalam beribadah pasti dirasai dan sekaligus membantu diri untuk menanam kesedaran akan cinta beribadah kepada Allah.

Ibadah wajib terus dimantapkan dan disulami dengan ibadah sunat yang diperbanyakkan di bulan mulia ini.

Selain itu, kita dianjurkan untuk lebih bersifat dermawan di bulan Ramadhan. Amalan bertadarus al-Quran dan sedekah merupakan dua ibadah penting dalam usaha kita mendapat syafaat di akhirat kelak.

Sesungguhnya, kita perlu terus menyedari antara amalan yang paling dianjurkan oleh Allah s.w.t ialah bersedekah atau juga dikenali sebagai berinfaq.

Ramai dalam kalangan masyarakat kita tidak menyedari akan hebatnya amalan bersedekah yang mampu menjadi penyuluh tatkala menempuhi alam barzakh kelak.

“Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur.”
(Riwayat Thabrani)


Amalan bersedekah akan menerangi kubur orang yang suka bersedekah dari kegelapan dan jauh dari kesempitan. Oleh itu, setiap hamba Allah hendaklah memperbanyakan amalan infaq di bulan Ramadhan dan istiqomah di bulan-bulan yang lain


Perintah Allah untuk setiap hambanya menyuburkan amalan bersedekah dinukilkan dengan firman Allah dalam surah Ibrahim:


“Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku yang telah beriman: “Hendaklah mereka mendirikan shalat, menafkahkan sebahagian rezki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi ataupun terang-terangan sebelum datang hari (kiamat) yang pada bari itu tidak ada jual beli dan persahabatan

(Surah Ibrahim : 31)


Sifat kedermawanan yang ditunjukkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W di bulan Ramadhan wajib kita contohi dan ikuti sebagai umat Islam yang sejati kerana ianya juga Sunnah yang ditinggalkan dan peroleh pahala sekiranya istiqamah dengannya. Seperti di dalam hadis yang dinukilkan oleh Ibnu Abbas ada mengisahkan akan sifat pemurah Rasulullah S.A.W:


“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah orang yang paling dermawan, dan beliau bertambah kedermawanannya di bulan Ramadlan ketika bertemu dengan malaikat Jibril, dan Jibril menemui beliau di setiap malam bulan Ramadlan untuk mudarosah (mempelajari) Al Qur’an”

(Hadis Riwayat: Al Bukhari)



LOMBONG  PAHALA DI BULAN RAMADHAN DENGAN BERKONGSI REZEKI

Dahulu kita hanya bersedekah melalui tabung-tabung di masjid, surau dan juga tempat-tempat awam seperti di pasar dan juga peminta sedekah di lorong-lorang kaki lima. Namun, dengan peredaran masa yang serba moden kini, MyFundAction telah membuka satu hamparan baru dalam usaha meningkatkan kesedaran umat Islam untuk berkongsi rezeki dalam bentuk Kotak Rezeki Ummat.


Kami dari MyFundAction membuka ruang dan peluang kepada orang ramai bersama berkongsi rezeki dengan memberi tajaan Kotak Rezeki Ummat sebagai keperluan barangan berbuka puasa dan bersahur kepada masyarakat umum khususnya:

a. Golongan Asnaf 
b. Fakir Miskin 
c. Anak Yatim
d. Pelajar Tahfiz
e. Petugas Barisan Hadapan Negara

Bawah kempen ini, kita akan mengisi Kotak Rezeki Ummat dengan lebih 15 barang keperluan asas seperti beras, garam, sardin, biskut kering, susu, teh, telur, lalu akan diedarkan kepada mereka yang memerlukannya.

Kelebihan seseorang yang memberikan makan dan minum kepada orang yang berpuasa telah dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W:

“Sesiapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikitpun.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)



Kesempitan dan kesusahan beberapa warga rakyat Malaysia tidak terhingga. Kesusahannya bukanlah kecil, tetapi merupakan kesusahan di mana sesuap nasi susah untuk cari, air seteguk susah cari. Ayuh, kita berjuang untuk ringankan beban saudara-saudari kita.

Sasaran kempen ini adalah sebanyak 6,000 buah kotak yang mana kos bagi sebuah kotak adalah RM140.00. Oleh itu, kami menyasarkan kutipan sebanyak RM840,000. Kotak ini kami akan agihkan sepanjang bulan Ramadhan tahun ini kepada lebih 6,000 keluarga.

Sehingga kini, kami masih lagi memerlukan 5,000 tajaan sumbangan bagi Kotak Rezeki Ummat bagi memenuhi keperluan mereka diluar sana sepanjang bulan Ramadhan.

AYUH KITA BERJUANG BERSAMA KEMPEN REZEKI UMAT!

Sepanjang tahun 2020 yang lalu, sebanyak 26,605 keluarga telah mendapat manfaat daripada edaran kotak Rezeki Ummat ini dan beban mereka diringankan secara besar-besaran. 

Ada di antara penerima manfaat kotak Rezeki Ummat adalah mangsa banjir yang melanda negara kita sebelum ini, asnaf, golongan mualaf, anak yatim dan mereka yang terjejas pendapatan dek kerana pandemic covid-19.

Setiap keluarga yang layak bakal dibekalkan dengan kotak Rezeki Ummat yang berisi bahan-bahan makanan asas. Tidak banyak tetapi kami yakin akan meringgankan beban mereka buat masa ini.

"Sesungguhnya orang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan..."
(Hadis Riwayat: Thabrani)

Malah, perbuatan ini adalah perbuatan paling terbaik dalam Islam iaitu memberi makan kepada orang lain. Oleh itu, kami daripada MyFundAction mengajak anda untuk bersama menjadi orang yang terbaik dengan hanya memberi makan.

Kami masih memerlukan sokongan anda hari ini demi menjaga kesihatan masyarkat di Malaysia

BAGAIMANA MAHU BERSAMA HULURKAN BANTUAN?
Untuk membantu, anda boleh pilih pakej di bawah:

✅ REZEKI UMMAT A – RM140

✅ REZEKI UMMAT B – RM70 

✅ REZEKI UMMAT C – RM50 

✅ REZEKI UMMAT D – RM30 

InsyaAllah semoga asbab kebaikan anda membantu keluarga ini, rezeki anda akan diberkati dan terbuka seluasnya pintu rezeki buat keluarga anda. Semoga kita sentiasa di bawah lindungan dan keberkatan Allah SWT.

CAHAYA ATAS KEBAJIKAN YANG DIBERI
Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
BANTU 1 KELUARGA SELAMA 6 BULAN RM 1920
BANTU 5 KELUARGA RM 700
REZEKI UMMAT C RM50
REZEKI UMMAT D RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090