[MISI MENGUBAH MASA HADAPAN ANAK-ANAK DI BUMI ZARIA, NIGERIA]


 

Jadilah sebahagian daripada kami untuk menghapuskan kemiskinan air dengan membina telaga air untuk kehidupan seharian di setiap kawasan Zaria, Nigeria.

Hidup tanpa air walaupun satu hari adalah sangat sukar. Sebilangan daripada kita mungkin menghadapi kesukaran dan kepayahan setiap kali gangguan air berlaku di kawasan kejiranan kita.


Keadaan itu sangat membuatkan kita tidak selesa dan terpaksa mencari altenatif lain. Tetapi bayangkan jika anda terpaksa menghabiskan sebahagian besar hidup anda tanpa akses ke air mengalir selama beberapa dekad?


Wanita dan kanak-kanak disini telah menghabiskan masa dan tenaga mereka semata-mata untuk mendapatkan air untuk kegunaan harian.


Mereka juga perlu mempertaruhkan nyawa mereka dengan berjalan jauh untuk mencari sumber air yang biasanya tidak dirawat.


Ini bukan sahaja menimbulkan ancaman bagi kesihatan mereka tetapi juga boleh menjadi sumber untuk menularkan penyakit melalui air.

Kemiskinan air boleh dibaikkan. Hadiah kecil anda walaupun sekecil nilai RM30 akan sangat membantu dalam membina telaga di daerah Zaria yang akan dimanfaat oleh beratus-ratus ribu orang dengan air minuman yang bersih dan selamat.


Selain itu, anda juga boleh mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik dan masa yang ada boleh digunakan untuk memberi tumpuan kepada pendidikan dan peluang pekerjaan untuk menolong mereka melepaskan diri daripada cengkaman kemiskinan.


Daripada Saad Bin Ubaidah, beliau bertanya kepada Rasulullah,

“Wahai Rasulullah sepanjang ibu saya telah meninggal dunia, apakah sedekah paling afdal untuknya ?”

Rasulullah S.A.W bersabda “ Air…”

Lalu beliau telah menggali sebuah telaga dan berkata “Ini untuk ibu Saad….”

(Hadith Saad Riwayat Abu Daud)

 


CAHAYA ATAS KEBAJIKAN YANG DIBERI

Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.


Semoga sumbangan anda mendapat ganjaran selama-lamanya.

PAKEJ UMUM - RM30

PAKEJ SILVER - RM100

PAKEJ GOLD - RM1,000

PAKEJ DIAMOND - RM5,000


Untuk bantuan secara manual/transfer/CDM boleh bank in ke akaun di bawah.  

Bank : MAYBANK

Nama : Yayasan Kebajikan Muslim (MYFUNDACTION) No akaun : 5505 1097 0023

Reference : “Telaga Afrika”.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Pakej UMUM - RM30
Pakej SILVER - RM100
Pakej GOLD - RM1,000
Pakej DIAMOND - RM5,000
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090