[SIAPA SANGKA SATU – SATUNYA ANAK DISERANG PENYAKIT GENETIK]
Ibu kepada Muhammad Adam Danish, Puan Hanisah baru menyedari anak tunggalnya yang berusia 8 tahun menghidap penyakit genetik 2 tahun yang lalu.
Adik Adam sangat aktif bermain dan tidak menunjukkan sebarang tanda menghidap penyakit tersebut. Namun, segalanya berubah apabila Adik Adam terjatuh ketika bermain.
Bermula dengan alami sawan yang kerap, Puan Hanisah risau sekiranya berlaku apa – apa kejadian yang lebih teruk terhadap anaknya.
Lalu, Adik Adam dikejarkan ke hospital untuk menjalani ujian rapi dan mendapati bahawa Adik Adam diserang penyakit genetik.
HILANGNYA WAJAH CERIA SEORANG ANAK
Siapa sangka anak yang dulunya sangat aktif ini ditimpa ujian hidup yang berat seperti ini. Jika dahulu, Adik Adam aktif dan bebas melakukan aktiviti, tapi sekarang hanya mampu terlantar tidak dapat berbuat apa-apa.
Adik Adam juga kerap keluar masuk hospital untuk mendapatkan rawatan kerana kerap alami sawan.
Selepas setahun, Adik Adam menjalani ujian untuk mengetahui keadaan organ dalamannya. Doktor mendapati bahawa saluran pernafasannya lembik dan tonsilnya besar. Disebabkan itu, Adik Adam perlukan bantuan mesin oksigen untuk bernafas.
Doktor juga memberi pilihan untuk melakukan pembedahan membuang tonsil bagi mengelakkan Adik Adam menggunakan mesin oksigen.
Walaubagaimanapun, pembedahan tersebut mempunyai risiko yang agak tinggi. Oleh sebab itu, Puan Hanisah dan Encik Arif mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pembedahan tersebut.
RAWATAN DAN KEPERLUAN TERKINI
Kini, Adik Adam hanya terlantar tidak mampu berbuat apa-apa. Adik Adam perlukan bantuan orang lain untuk menguruskan dirinya. Keperluannya sekarang adalah katil khas supaya dapat memudahkan ibunya mengurusnya setiap hari.
Bukan itu sahaja, Adik Adam juga hanya boleh minum susu sebagai sumber nutrisinya. Susu khas itu perlu diberi melalui tiub.
Disebabkan itu juga, keperluan susu Adik Adam sangat tinggi dalam sebulan dan agak sukar buat ibu bapanya untuk menyediakan kos tersebut
Adik Adam juga perlu menghadiri temujanji sekurang – kurangnya tiga kali sebulan di Hospital Serdang, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pelajar UPM untuk temujanji neurologi dan antibodi.
PROJEK: ADAM DANISH
Oleh itu, kami daripada MyHeart bekerjasama dengan MyFundaction mengambil inisiatif untuk membantu Adik Adam Danish sekeluarga dalam membiayai kos rawatan, susu dan katil hospital.
Kami membuka tabung untuk anda yang sudi berkongsi rezeki bersama kami buat Adik Adam dan pesakit lain sepertinya. Kami juga menyediakan beberapa pakej untuk memudahkan anda berkongsi rezeki bersama kami:
Tabung MyHeart RM500
Tabung MyHeart RM200
Tabung MyHeart RM100
Tabung MyHeart RM50
Tabung MyHeart RM30
Semoga dengan perkongsian anda sedikit sebanyak dapat memberi harapan baru buat Adik Adam sekeluarga. InsyaAllah, sama – sama kita doakan agar Adik Adam kembali sihat dan ceria seperti sebelum ini. Amiin.