KAMI TAK SANGGUP MELIHAT KANAK-KANAK YAMAN MENDERITA LAGI
HAKIKAT SAUDARA MUSLIM KITA DI YAMAN
Pergolakan di Yaman telah mengakibatkan 3.2 juta penduduk mengalami masalah kekurangan zat makanan yang sangat teruk dan rata rata daripada mereka adalah kanak kanak dan ibu hamil.
Menurut UNICEF, 400,000 kanak-kanak bawah 5 tahun menghadapi SEVERE ACUTE MALNUTRITION (SAM) dan 30,000 kanak-kanak bawah 5 tahun MATI setiap tahun disebabkan kekurangan zat.
YEMEN NUTRITIONAL AID
MyHeart dengan kerjasama MyFundAction telah melancarkan Yemen Nutrition Campaign, bertujuan untuk membekalkan makanan nutrisi asas berupa tin susu formula seberat 400g.
Antara kandungan nutrisi yang terdapat dalam susu ini ialah vitamin dan mineral, ia mempunyai mineral iron yg lebih tinggi berbanding susu formula biasa, jadi bagus untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
Kandungan nutrisi yang lain termasuklah choline yang bagus untuk meningkatkan metabolisma, menguatkan daya ingatan serta meningkatkan daya tahan badan melawan penyakit .
Seramai 500 orang kanak-kanak Yaman yang akan diberikan seorang 8 tin setiap bulan. Setiap tin berharga RM25, dan projek ini akan membekalkan susu buat setiap seorang selama 4 bulan berturut-turut.
MEREKA PERLUKAN SUSU FORMULA DARIPADA KITA
Dari Abu Hurairah ra, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda:
.
“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat…”.
(HR. Muslim)
Semoga dengan usaha SEDIKIT ini dapat menyelesaikan masalah UMMAH dan saudara sesama Islam kita yang dalam kesusahan.
BERAPA YANG DIPERLUKAN?
MyFundAction membuka peluang kepada pencinta kanak-kanak dan rakyat Malaysia yang prihatin terhadap nasib anak-anak Yaman ini.
SASARAN DAN JUMLAH BANTUAN YANG DIPERLUKAN?
Sebanyak RM400,000 sahaja diperlukan untuk mencukupkan sebanyak 16,000 tin susu untuk setiap 500 kanak-kanak yang memerlukannya.
“1 kanak-kanak perlukan sekurang-kurangnya 8 tin untuk 1 bulan…”
1 KANAK-KANAK : 2 TIN x 400G : RM 50 : BERTAHAN 1 MINGGU
1 KANAK-KANAK : 8 TIN x 400G : RM200 : BERTAHAN SEBULAN
500 KANAK-KANAK : 16,000 TIN x RM25 = RM 400,000 UTK 4 BULAN
BAGAIMANA INGIN BERKONGSI REZEKI?
Anda boleh memilih mana-mana pakej mengikut kemampuan anda:
PAKEJ A – RM200 (8 tin susu untuk 1 kanak-kanak)
PAKEJ B – RM100 (4 tin susu untuk 1 kanak-kanak)
PAKEJ C - RM50 (2 tin susu untuk 1 kanak-kanak)
PAKEJ D - TERBUKA (Serendah RM 30)
Semoga dengan perkongsian rezeki kita buat mereka menjadi salah satu daripada amalan yang tidak terputus pahalanya, saham bekalan di akhirat buat kita selepas kita meninggalkan dunia, In Shaa Allah.