[BAYI 26 HARI PERLU PEMBEDAHAN SEGERA]


“Keluarga ini baru sahaja gembira menyambut kelahiran puteri bongsu mereka baru-baru ini namun panggilan doktor pada jam 11 pagi itu membawa seribu perasaan.”


13 Oktober 2021, doktor menghubungi Encik Aminuddin dan Puan Ezatul bapa Baby Hayfa dan memaklumkan bahawa anak mereka mengalami masalah pernafasan juga disyaki menghidap penyakit jantung.


Baby Hayfa kemudiannya terus dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapat pengesahan tentang penyakitnya. Disebabkan pembedahan perlu dilakukan segera Baby Haifa terus dirujuk ke Hospital Gleneagles untuk proses selanjutnya.


ANGGARAN KOS PEMBEDAHAN SEHINGGA RM100,000



Pembedahan akan dilakukan dalam tempoh terdekat ini dan sangat perlu disegerakan. Kos pembedahan yang mencecah sehingga RM100,000 itu menjadi cabaran buat keluarga kecil ini. Mereka tidak mampu untuk mencari wang yang banyak dalam masa yang sangat singkat.


Baby Hayfa masih ditahan di wad NICU sejak lahir sehingga ke hari ini dan masih bergantung kepada mesin pernafasan untuk bertahan. Badannya yang kecil itu juga dipasang wayar - wayar untuk memastikan tahap kesihatannya tidak merosot. 


Semoga Allah permudahkan segala urusan pembedahan Baby Hayfa. 


”Ya Allah berilah kesembuhan buat Baby Hayfa dan berilah kekuatan buat ibu dan ayahnya untuk menghadapi ujian ini“

Ayuh Aminkan doa ini.


PROJEK: PEMBEDAHAN JANTUNG BABY HAYFA

Kami daripada MyHeart bersama MyFundAction ingin membuka tabung buat Baby Hayfa dalam menampung kos pembedahannya. Kami juga ingin mengajak anda untuk bersama kami dalam menjayakan usaha ini.


Untuk memudahkan anda, kami telah menyediakan beberapa pakej untuk anda bersama berkongsi rezeki dengan kami:


Tabung MyHeart RM500

Tabung MyHeart RM200

Tabung MyHeart RM100

Tabung MyHeart RM50

Tabung MyHeart RM30


Semoga Allah memberkati rezeki yang anda kongsikan buat Baby Hayfa dan pesakit – pesakit lain sepertinya. Semoga ada sinar kembali buat mereka yang menerima rezeki daripada anda.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
MyHeart Fund RM500
MyHeart Fund RM200
MyHeart Fund RM100
MyHeart Fund RM50
MyHeart Fund RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090