KLINIK BERGERAK KINI MULA BEROPERASI, SASARKAN GOLONGAN ASNAF B40 DENGAN MASALAH KESIHATAN TERUTAMANYA PESAKIT DIABETES



Klinik Bergerak MyHeart menyasarkan golongan B40 kerana kebanyakkan mereka menghidap penyakit obesiti. Projek yang dijalankan oleh MyHeart adalah salah satu inisiatif membantu pihak kerajaan. 


Diabetes atau penyakit kencing manis adalah satu penyakit kronik yang sedang menular di kalangan masyarakat dunia dan Malaysia khususnya. 



Selain itu juga menjadi penyumbang terbesar iaitu sebanyak 65 peratus kepada masalah buah pinggang hingga menyebabkan pesakit perlu menjalani proses mencuci darah atau hemodialisis.

Ia adalah penyakit kronik yang memerlukan rawatan susulan berpanjangan, terapi dan perhatian yang wajar oleh pengamal perubatan.


Melihat kepada perkara ini, MyHeart dengan kerjasama MyFundAction telah melancarkan Projek Klinik Bergerak MyHeart dimana rawatan dan pemeriksaan awal kesihatan dapat dijalankan dari rumah ke rumah.


Selain itu memudahkan rawatan dapat dilakukan oleh pesakit-pesakit ini di rumah mereka sendiri tanpa keluar untuk menjalani rawatan di pusat kesihatan yang jauh dari rumah.




Klinik Bergerak ini menyasarkan golongan B40 yang mengalami kesihatan selain obesiti seperti :-


(1) Perkhidmatan Pesakit Luar

(2) Prosedur kecil dan cucian luka

(3) Gantian alatan-alatan perubatan seperti tiub makanan, tiub kencing dan lain-lain.

(4) Memberikan khidmat nasihat tentang kesedaran kesihatan



SASARAN DAN JUMLAH KOS YANG DIPERLUKAN


Sebuah van Klinik Bergerak MyHeart ini memerlukan sekurang-kurangnya RM500,000 setiap bulan selama 6 bulan berturut-turut agar projek ini berjalan dengan lancar.

Dengan ini, rawatan dan pemeriksaan awal kesihatan dapat dijalankan dari rumah ke rumah kerana mencegah lebih baik dari merawat.




BAGAIMANA INGIN BERKONGSI REZEKI?


Anda boleh memilih mana-mana pakej seikhlas hati anda:

PAKEJ A - RM500
PAKEJ B - RM200
PAKEJ C - RM100
PAKEJ D - RM50




Kami dari MyHeart dengan kerjasama MyFundAction dengan rendah hati ingin mengajak rakyat Malaysia untuk berganding bahu bagi menjayakan projek ini. Perkongsian dan keprihatinan anda didahului dengan ucapan terima kasih. Hanya Allah yang mampu membalasnya.


Untuk maklumat lanjut mengenai pertubuhan, program dan aktiviti, sila lawati:


Facebook: https://www.facebook.com/myfundaction.org


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
KLINIK BERGERAK PAKEJ A -RM 500
KLINIK BERGERAK PAKEJ B -RM 200
KLINIK BERGERAK PAKEJ C -RM 100
KLINIK BERGERAK PAKEJ D -RM 50
KLINIK BERGERAK PAKEJ E -RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090