KEMALANGAN HAMPIR MERAGUT NYAWA, ABU BAKAR KINI TERLANTAR SEUMUR HIDUP
Encik Abu Bakar, 51 tahun mengalami satu kemalangan jalan raya yang teruk sehingga hampir kehilangan nyawanya. Kemalangan tersebut telah menyebabkan Encik Abu Bakar terlantar dan perlu pantauan sepanjang masa.
Isterinya, Puan Dewi Fatimah pula hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa tanpa ada apa – apa pendapatan sampingan. Ini kerana Puan Dewi tidak pernah bekerja dan sekarang Puan Dewi perlu menjaga suaminya.
Dalam keadaan suaminya yang terlantar begitu, Puan Dewi buntu memikirkan bagaimana untuk mengumpulkan wang yang cukup untuk rawatan dan juga menampung 2 orang anaknya yang masih bersekolah.
MALANG TIDAK BERBAU, SEGALANYA BERLAKU SEKELIP MATA
Sebelum kemalangan, Encik Abu sihat tanpa sebarang penyakit. Seperti orang lain, rutin harian Encik Abu ketika itu adalah keluar mencari nafkah buat isteri dan anak – anaknya yang tercinta.
Namun, siapa sangka senyumannya diragut dalam sekelip mata dan itulah apa yang terjadi terhadap Encik Abu.
Pada Disember 2014, Encik Abu sedang dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menaiki motosikal. Malang tidak berbau, Encik Abu terlibat dalam kemalangan yang teruk dan terus dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah.
Ketika kemalangan, lima kerat tulang rusuknya patah. Namun, Encik Abu bernasib baik kerana tiada organ dalaman yang terjejas.
Walau bagaimanapun, doktor mendapati bahawa terdapat darah beku pada bahagian otaknya sehingga tulang di bahagian tengkoraknya terpaksa dikeluarkan.
Kini, Encik Abu hanya mampu terlantar dan tidak bergerak. Encik Abu memerlukan pertolongan dan pantauan sepenuh masa oleh isterinya.
Hal ini kerana Encik Abu perlu minum susu setiap 4 jam supaya nutrisi dalam badan cukup. Alhamdulillah, Puan Dewi masih kuat untuk menjaga Encik Abu walaupun dihimpit ujian yang berat.
RAWATAN DAN KEPERLUAN TERKINI
Kini, Encik Abu hanya perlu menghadiri temu janji di Hospital Kluang untuk menukar tiub pernafasan dan pemakanan setiap 6 bulan sekali.
Selain itu, mengikut saranan doktor, Encik Abu juga memerlukan Susu Glucerna sebanyak 10 tin sebulan bagi memastikan nutrisi yang diterima cukup untuk Encik Abu.
Walaupun harga kedua – dua tiub itu hanya RM200 dan perlu ditukar setiap 6 bulan. Ianya menjadi suatu perkara yang sangat berat buat mereka yang kehilangan sumber rezeki.
Ini kerana wang yang mereka ada sudah habis untuk kos rawatan dan keperluan susu yang sangat tinggi. Walaupun begitu, tiada isteri yang ingin melihat suaminya menderita.
Puan Dewi berusaha untuk menabung sedikit demi sedikit dengan wang pencen suaminya walaupun tidak mencukupi untuk rawatan suaminya. Itu belum lagi dikira kos untuk keperluan asas makan, minum dan sekolah anak - anak mereka.
PROJEK: ABU BAKAR LANI
Oleh itu, kami daripada MyHeart dengan kerjasama MyFundAction mengambil inisiatif untuk membiayai segala kos rawatan Encik Abu.
Bukan itu sahaja, kami juga membuka tabung alatan perubatan buat anda yang sudi berkongsi rezeki bersama kami dalam menjayakan projek ini.
Kami menyediakan beberapa pakej untuk anda turut serta bersama kami buat Encik Abu dan pesakit lain sepertinya:
Tabung MyHeart RM500
Tabung MyHeart RM200
Tabung MyHeart RM100
Tabung MyHeart RM50
Tabung MyHeart RM30
Tabung yang diusahakan ini akan disalurkan buat kos rawatan Encik Abu. Lebihan daripada tabung ini juga akan disalurkan buat pesakit – pesakit lain seperti Encik Abu.
InshaAllah, semoga dengan usaha ini dapat meringankan beban Encik Abu sekeluarga. Amiin.