HANYA MAMPU TERLANTAR MENUNGGU SEMBUH

Muhammad Faiz Yeo Bin Muhammad Riduan Yeo, 19 tahun yang ditimpa tragedi kemalangan ketika menaiki motorsikal dalam perjalanan ke tempat kerja pada 4 September 2020 lalu.
Adik Faiz telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang selama 78 hari dan baru discaj pada 20 November lepas.
Keadaan terlantar adik Faiz menyukarkan ahli keluarga untuk membawanya ke temujanji klinik kesihatan, klinik rehabilitasi, klinik fisioterapi, klinik pembedahan, dan klinik ortopedik.
Oleh itu, adik Faiz mendapat rawatan oleh Klinik Bergerak MyHeart dalam melakukan prosedur mencuci luka akibat kaki beliau yang bengkak kesan salur darah yang putus disekitar peha.
Kami daripada MyFundAction dengan kerjasama MyHeart membuka tabung untuk kutipan buat pesakit-pesakit seperti saudara Faiz Yeo.
Fokus kutipan adalah untuk meringankan tanggungan kos pesakit mendapatkan rawatan susulan serta pembelian susu khas, lampin, dan sebagainya.
Semoga perkongsian yang diberikan daripada pihak anda akan meringgankan beban saudara Faiz Yeo dan keluarganya.
BAGAIMANA INGIN BERKONGSI REZEKI?
Kami dari MyFundAction dengan rendah hati ingin mengajak rakyat Malaysia untuk berganding bahu bagi menjayakan projek ini. Perkongsian dan keprihatinan anda didahului dengan ucapan terima kasih. Hanya Allah yang mampu membalasnya.