ORGAN DALAMAN LEMBIK, TIDAK MAMPU UNTUK BERNAFAS SEPERTI ORANG LAIN


 

Aisy Rizq’hans Iman, 2 tahun menghidap penyakit yang jarang ditemui. Pierre Robin Sequence merupakan satu penyakit yang menyebabkan organ dalaman seseorang menjadi sempit dan lembik.


Kesannya, pesakit tidak dapat melakukan aktiviti kebiasaan seperti orang lain. Begitulah yang terjadi dengan Adik Hans.


Sejak lahir, Adik Hans telah mendapatkan alat bantuan pernafasan kerana tidak dapat bernafas dengan baik. Bukan itu sahaja, makan dan minumnya juga diberi melalui tiub makanan secara terus ke perut.


Siapa sangka anak bongsu daripada enam adik beradik ini mempunyai penyakit seperti ini semenjak lahir.


TIDAK DAPAT MAKAN DAN BERNAFAS SECARA NORMAL

 

Semasa Adik Hans masih di dalam kandungan, doktor tidak dapat mengesan penyakitnya. Puan Jeniati melahirkan Adik Hans secara normal pada bulan Mac 2019.


Namun, sejurus kelahirannya adik Hans terpaksa diberikan bantuan pernafasan. Remuk hati si ibu apabila mendapat berita tersebut. Tetapi, perkara tersebut tidak mematahkan semangat si ibu. 


Adik Hans segera dipindahkan ke wad NICU dan berada di situ selama 2 bulan. Lebih menyayat hati lagi Adik Hans terpaksa diberikan susu melalui tiub gastrostomy iaitu tiub secara terus ke perut sejak 30 hari kelahirannya.


Hal ini terjadi kerana organ dalamannya menjadi sempit dan lembik. Tiub tersebut juga perlu ditukar setiap empat hari.


Disebabkan masalah tersebut, Adik Hans ditebuk tekak dan dipakaikan tiub tracheostomy untuk membantu dirinya bernafas melalui leher sejak berumur 44 hari.


Tiub tersebut pula perlu ditukar seminggu sekali dan maksimum tiga kali sebulan. Setelah dua bulan Adik Hans berada di wad NICU, doktor memindahkannya di wad biasa selama sebulan sebelum dibenarkan pulang ke rumah.


Setelah itu, Adik Hans hanya perlu menghadiiri temujanji di hospital.


RAWATAN TERKINI DAN KEPERLUAN ADIK HANS

 

Sejak umurnya mencecah satu tahun, Adik Hans menjalani pembedahan cleft palate di hospital. Sehingga kini Adik Hans tidak lekang daripada menjalani temujanji di hospital bersama pakar ENT, mata, kanak – kanak dan bedah.


Kini, Puan Jeniati sedang melatih anaknya untuk minum air suam melalui mulut. Namun, susu masih diberikan melalui tiub di perut dengan menggunakan syringe sebanyak 200ml setiap tiga jam. 


Adik Hans tidak banyak makan seperti kanak – kanak sebayanya. Ibunya pernah memberi makan nestum tetapi sudah berhenti selama tiga bulan. Adik Hans sedang cuba untuk makan biskut dan pisang melalui mulut.


Disebabkan perut dan leher Adik Hans ditebuk untuk bernafas dan makan, luka tersebut perlu dicuci dan dirawat setiap hari bagi mengelakkan iritasi, kebocoran, kebasahan dan ruam serta jangkitan kuman.


Disebabkan itu, keperluan alatan mencuci dan merawat luka Adik Hans sangat diperlukan mereka. Pampers dan susu juga merupakan antara keperluan terpenting Adik Hans.


Sukar bagi ibunya yang tidak bekerja kerana perlu menjaganya sekali gus memastikan keperluan anaknya terjaga. Tambahan pula suaminya baru sahaja meninggal dunia pada bulan April yang lalu akibat kanser otak.


PROJEK: AISY RIZQ’HANS IMAN


Oleh itu, kami daripada MyHeart bersama MyFundAction ingin mengajak anda bersama kami dalam merealisasikan projek Adik Hans kali ini. Projek ini akan memberikan sedikit sebanyak sinar baru kepada Adik Hans sekeluarga serta pesakit – pesakit lain sepertinya.


Kami juga menyediakan beberapa pakej untuk and bersama dalam menyokong projek ini:


Tabung MyHeart RM500

Tabung MyHeart RM200

Tabung MyHeart RM100

Tabung MyHeart RM50

Tabung MyHeart RM30


Semoga dengan usaha kita kali ini dapat memberi peluang kedua buat Adik Hans untuk membesar seperti kanak – kanak yang lain. Kami mendoakan buat anda yang sudi menyokong projek ini akan mendapat rahmat dan kasih sayang Allah kelak di sana. Amiin.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

Doktor/Usahawan/Cikgu

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090