“MAAF, IBU HAMPIR PUTUS ASA DENGAN KAMU”


Kata – kata itu yang keluar daripada puan Noor Shahidah, ibu kepada Muhammad Arsa Nusaer, pesakit jantung terbalik semenjak lahir. Bukan itu sahaja, bahkan seluruh organ dalaman baby Arsa juga terbalik sehingga doktor menyatakan bahawa baby Arsa tidak mempunyai harapan untuk sembuh dan hidup seperti orang lain.


Betapa ajaibnya kuasa Allah, sang memberi dan mencabut nyawa setiap makhluk, baby Arsa dapat bertahan dengan nyawanya di hujung tanduk. Semenjak baby Arsa lahir pada Ogos 2020 sehingga ke hari ini, baby Arsa bertarung nyawa seorang diri.


SUDAH TIADA HARAPAN SEBELUM LAHIR

Semasa baby Arsa masih 6 bulan dalam kandungan, doktor di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) telah mengesahkan bahawa baby Arsa mempunyai masalah jantung semasa membuat pemeriksaan. Jantungnya hanya berfungsi sebelah sahaja dan organ dalamannya juga terbalik. Bukan itu sahaja, doktor juga mengesahkan bahawa baby Arsa bakal dilahirkan tanpa limpa dalam badan.


Sebulan kemudian, pakar menyarankan puan Shahidah untuk menggugurkan kandungan tersebut. Berat bagi puan Shahidah untuk membuat keputusan kerana hampir sahaja ingin menyambut kelahiran anak keduanya itu. Namun, puan Shahidah terpaksa akur dengan nasihat pakar untuk menggugurkan kandungannya kerana harapan anaknya hidup selepas lahir amat tipis.


Doktor perlu mendorong si ibu untuk mengeluarkan baby Arsa. Walaupun puan Shahidah sudah bersetuju untuk menggugurkan anaknya, puan Shahidah tetap merasa berat untuk teruskan kerana ketika itu anaknya bergerak – gerak dalam perut. Doktor menasihatkan untuk tidak mudah tertipu dengan perasaan dan teruskan proses keguguran anaknya. Walaupunbagaimanapun, puan Shahidah tidak kuat untuk meneruskan proses tersebut.


Setelah itu, puan Shahidah tidak meneruskan pemeriksaan berkala di hospital dan buku pinknya juga ditutup. Puan Shahidah juga diberitahu bahawa anaknya akan dilahirkan hanya untuk dikeluarkan sahaja. Doktor juga tidak akan pantau atau bantu jika kesihatan puan Shahidah berada di tahap kritikal. Puan Shahidah dan suami terpaksa akur dan reda dengan keputusan dan maklumat yang diberikan doktor.


Segala persiapan untuk menyambut kelahiran baby Arsa juga tidak dibuat oleh pasangan suami isteri ini. Hal ini kerana doktor menjangkakan baby Arsa akan berhenti bernyawa pada minit ke-5 kelahirannya. Pasrah seorang ibu dan ayah dalam menerima berita kesihatan anaknya walaupun anaknya masih lagi dalam kandungan.

_______________________________________________________

HARI YANG DINANTI SUDAH TIBA


Pada tanggal 9 Ogos 2020, baby Arsa dilahirkan di Hospital Kemaman secara normal. Kelahiran baby Arsa tidak seperti bayi – bayi yang lain. Seusai kelahirannya, baby Arsa terus dikejarkan ke wad neonatal intensive care unit (NICU). 


Walaupun dijangka baby Arsa akan meninggal dunia pada minit ke – 5 kelahirannya, ternyata baby Arsa boleh bernafas tanpa bantuan oksigen selama 3 jam. Sangat kuat semangat baby Arsa untuk meneruskan hidupnya. Tidak lama selepas itu, puan Shahidah dapat tahu ada seorang doktor telah menyelamatkan baby Arsa dengan memasang tiub oksigen ke saluran pernafasannya.


Kemudian, baby Arsa sekali lagi dirujuk ke HTAA. Sekiranya doktor disana menyatakan bahawa tiada cara untuk menyelamatkan baby Arsa, tiub pernafasan dan bekalan oksigen akan diberhentikan serta merta. Walaupun begitu, baby Arsa masih bertahan. Kuatnya semangat baby Arsa untuk hidup. 


Pada awalnya, doktor benarkan baby Arsa untuk dibawa pulang ke rumah dan membuat rawatan susulan di Hospital Kemaman dan HTAA, Kuantan. Namun, dilahirkan tanpa limpa telah menyebabkan baby Arsa kerap demam dan terpaksa dimasukkan ke dalam wad semula di Hospital Kemaman.

____________________________________________________

TERIMA RAWATAN WALAUPUN TIADA HARAPAN SEMBUH


Pada umurnya mencecah 2 bulan, sekali lagi si ibu hampir berputus asa. Kesihatan baby Arsa semakin berada di tahap kritikal. Baby Arsa dikejarkan ke wad ICU di dan terpaksa dipindahkan ke HTAA. Alhamdulillah, sekali lagi baby Arsa dapat bertahan.


“Arsa kini seperti bom jangka letup, pada bila – bila masa sahaja dia boleh pergi.” Itulah yang diungkapkan oleh doktor yang merawat baby Arsa. Hal ini disebabkan keadaan kesihatannya yang semakin hari semakin teruk. Kini, kepalanya semakin membengkak dan perkembangan tumbesarannya tidak seperti kanak – kanak lain.


Tambahan lagi, keadaan baby Arsa semakin hari semakin rapuh. Hal ini disebabkan baby Arsa tidak boleh berada dalam situasi terlalu bising, terlalu panas, atau unsur-unsur yg dia tidak selesa kerana dia akan dapat serangan jantung & sesak nafas. Kini, baby Arsa perlu menjalani rawatan fisioterapi dan pakar kerana tidak boleh merangkak.


KEPERLUAN BABY ARSA

Susu Frisolac, susu Carborie, MCT Oil dan Pampers merupakan keperluan utama baby Arsa untuk meneruskan kehidupannya. Bukan itu sahaja, puan Shahidah dan suami juga memerlukan kos ulang alik ke dari Kemaman ke IJN dan HTAA yang kerap untuk menerima rawatan susulan.


PROJEK: TABUNG BABY ARSA

Oleh itu, kami daripada MyHeart dengan kerjasama MyFundAction membuka tabung jantung bagi menampung keperluan baby Arsa dan pesakit – pesakit lain sepertinya.


Kami menyediakan beberapa pakej untuk anda berkongsi rezeki bersama kami:


 Tabung MyHeart RM500 

 Tabung MyHeart RM200 

 Tabung MyHeart RM100 

 Tabung MyHeart RM50 

 Tabung MyHeart RM30 


Kami mengucapkan jutaan terima kasih buat anda yang sudi berkongsi rezeki dan prihatin terhadap baby Arsa. Semoga Allah merahmati usaha dan rezeki yang kita kongsikan buat baby Arsa.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090