TERPAKSA HIDUP DENGAN BANTUAN MESIN OKSIGEN SEMENJAK LAHIR

 

Muhammad Fa’id Siddiq, 7 tahun dilahirkan dengan masalah paru – paru yang kronik sehingga menyebabkan dirinya mempunyai kesukaran untuk bernafas secara normal.


Setiap masa, adik Fa’id terpaksa bernafas dengan menggunakan bantuan oksigen. Tidak pernah sekali pun Adik Fa’id menanggalkan mesin oksigen tersebut.


Oleh kerana mesin oksigen tersebut terpaksa dihidupkan selama 24 jam setiap hari, bil elektrik rumah Encik Faizol melambung tinggi setiap bulan.


Dengan keadaan dirinya yang tidak sihat akibat daripada kemalangan yang menimpa dirinya suatu ketika dahulu telah menyebabkannya sukar untuk mencari rezeki buat mereka sekeluarga. Lantas menyebabkan bil elektriknya tertunggak semenjak dari awal tahun ini.


HOSPITAL MENJADI RUMAH KEDUA BUAT ADIK FA’ID



7 tahun yang lepas, Puan Zaidatul selamat melahirkan anak keduanya, Muhammad Fa’id Siddiq. Terpancar wajah kegembiraan Puan Zaidatul dan Encik Faizol kerana dikurniakan cahaya mata kedua itu. 


Namun, kegembiraan itu hanya seketika. Anaknya, Fa’id disahkan mempunyai masalah paru – paru yang kronik sejurus dilahirkan.


Adik Fa’id terus dikejarkan ke NICU untuk mendapatkan rawatan selanjutnya sehingga umurnya mencecah 5 bulan. Kemudian, Adik Fa’id dipindahkan ke wad biasa untuk beberapa hari sebelum dapat pulang ke rumah.


Kepulangan Adik Fa’id ke rumah tidaklah lama. 14 hari kemudian, Adik Fa’id kembali ke hospital sehingga umurnya mencecah 11 bulan.


Kemudian, Adik Fa’id dipindahkan ke Hospital Serdang sejurus keluarganya berpindah ke Serdang. Adik Fa’id berada di Hospital Serdang sehingga umurnya 3 tahun sebelum dipindahkan semula ke Hospital Kangar.


Adik Fa’id mendapatkan rawatan di Hospital Kangar sehingga Jun 2019. Kali terakhir Adik Fa’id dimasukkan ke dalam wad selama sebulan kerana jangkitan kuman di paru – parunya.


Alhamdulillah, adik Fa’id tidak lagi dimasukkan ke dalam wad selepas itu kerana sudah sihat dan hanya mendapat rawatan apabila perlu sahaja. Walaubagaimanapun, Adik Fa’id tetap memerlukan alat bantuan pernafasan kerana dirinya tidak dapat bernafas seperti biasa.


KEPERLUAN ADIK FA’ID



Adik Fa’id mempunyai mesin oksigen elektrik dan tangki oksigen di rumah. Kedua – dua alat ini merupakan alat yang sangat penting baginya untuk meneruskan hidup seperti insan lain.


Mesin tersebut adalah hasil daripada bantuan kebajikan masyarakat di kawasannya. Alhamdulillah, dengan bantuan tersebut Adik Fa’id dapat bernafas dengan baik.


Mesin elektrik tangki pula digunakan olehnya apabila perlu pergi ke hospital atau ketika ketiadaan elektrik di rumah. Malang tidak berbau, rumah mereka kerap ketiadaan bekalan elektrik dan kadang – kadang mengambil masa lebih daripada satu jam untuk pulih semula.


Oleh kerana mesin oksigen tersebut perlu dihidupkan sepanjang masa, bil elektrik rumahnya melambung tinggi setiap bulan. Ada Ketika bil api elektrik rumahnya mencecah sehingga RM160 sebulan.


Namun, keadaan sukar bagi keluarga ini apabila pandemik melanda seluruh dunia. Encik Faizol tidak dapat bekerja seperti biasa dan isterinya pula terpaksa memberhentikan perniagaan nasi lemaknya.


Akibat daripada itu juga, bil elektrik rumah Encik Faizol telah tertunggak sebanyak RM800 semenjak awal tahun 2021. Ditambah pula dengan servis filter mesin elektrik setiap 6 bulan sekali. Agak sukar buat mereka untuk membayar setiap keperluan dengan keadaan pandemik di luar kawalan ini.


SOLUSI BUAT ADIK FA’ID



Oleh itu, kami daripada MyHeart telah menghubungi pihak pembekal tangki oksigen dan berbincang mengenai cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi keluarga ini. Hasil daripada perbincangan tersebut, pihak mereka mencadangkan untuk menggunakan mesin mobile oxygen concentrator


Mesin tersebut boleh disambungkan kepada plug dan juga tanpa plug. Mesin itu juga dibina bersama bateri yang boleh dicaj supaya boleh digunakan ketika terputus bekalan elektrik di rumah dan ketika hendak keluar dari rumah. Namun, harga bagi mesin tersebut mencecah sehingga RM10,000 bagi satu set lengkap.


Mesin elektrik tangki yang sedia ada ini sudah tidak praktikal untuk digunakan lagi kerana perjalanan menukar tangki yang baru memakan masa selama 4 jam dari rumah mereka ke Pulau Pinang. Hal ini agak sukar bagi Encik Faizol lebih – lebih lagi ketika arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang melanda Malaysia sekarang.


PROJEK: MUHAMMAD FA’ID SIDDIQ

Oleh yang demikian, kami daripada MyHeart bersama MyFundAction ingin membuka tabung buat Adik Fa’id dalam menampung kos mesin oksigen yang baru. Kami juga ingin mengajak anda untuk bersama kami dalam menjayakan projek Adik Fa’id dalam menerima mesin oksigen yang baru.


Kami menyediakan beberapa pakej untuk anda bersama berkongsi rezeki dengan kami:

Tabung MyHeart RM500

Tabung MyHeart RM200

Tabung MyHeart RM100

Tabung MyHeart RM50

Tabung MyHeart RM30

Semoga Allah memberkati rezeki yang anda kongsikan buat Adik Fa’id dan pesakit – pesakit lain sepertinya. Semoga ada sinar kembali buat mereka yang menerima rezeki daripada anda. 



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090