[SUDAH JATUH DITIMPA KESEMPITAN HIDUP. KINI DIBEBANI PULA DENGAN KOS RAWATAN ANAK TERSAYANG]




Lidah kelu tanpa kata. Tiada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan Puan Intan ketika itu. Putera kesayangannya dilahirkan pramatang kerana mengalami placenta abruption yang boleh beri komplikasi kepada anaknya itu. Syukur tiada apa yang berlaku saat si comel ini menjengah ke dunia. 


Disangka panas hingga ke petang, kegembiraannya tidak kekal lama. Sewaktu usia 6 bulan, doktor melihat perkembangan adik Hairie tidak seperti bayi yang lain. Hasil pemeriksaan, anaknya disahkan mengalami cerebral palsy. Keadaannya bertambah teruk kerana turut menghidap sawan dan asma. 


TERUS BERLAPANG DADA, PERLU BERJUANG DEMI ANAK


Lantaran itu, adik Hairie tidak mampu mengurus dirinya sendiri. Adik Hairie memerlukan penjagaan rapi dengan diberi susu formula khas dan dipakaikan pampers. Hal ini menelan kos perbelanjaan yang besar ditambah lagi dengan kos rehabilitasi dan fisioterapi.

 

Meski si ayah membanting tulang siang dan malam, masih tidak dapat memenuhi kantung perbelanjaan kos rawatan anaknya itu. Si ayah hanya menyara pendapatan sebanyak RM90 sehari, itu pun tidak menentu lebih-lebih lagi semasa musim PKP.

 

2 orang anaknya masih bersekolah dan seorang lagi anaknya yang berusia 14 tahun mengalami masalah autism. Isterinya menjadi suri rumah untuk memberi adik Hairie sepenuh perhatian.



 

HULURKAN TANGAN, RINGANKAN BEBAN

Sekalipun keadaan adik Hairie tidak akan bertambah teruk, adik Hairie tidak akan kembali normal seperti kanak-kanak yang lain. Adik Hairie juga mengalami ketidakupayaan untuk bergerak sepanjang hidupnya, selain perlu bergantung kepada orang sekeliling untuk menjalani rutin harian.


Kami daripada MyFundAction dengan kerjasama MyHeart membuka tabung untuk kutipan buat adik Hairie.

 

Sasaran sebanyak RM3000 diperlukan segera bagi membiayai keperluan rawatan adik Hairie. Alangkah baiknya jika kita berkongsi nikmat kelapangan rezeki yang dikurniakan kepada kita hari ini bersama keluarga yang ditimpa ujian ini. In sha Allah, besar ganjaran yang sedang menanti anda kelak.

 

BAGAIMANA INGIN BERKONGSI REZEKI?

Anda boleh pilih pakej yang berkenan di hati, nescaya ada pahala menanti:

 

      Tabung MyHeart RM 200

    Tabung MyHeart RM 150

     Tabung MyHeart RM 100

     Tabung MyHeart RM 50

    Tabung MyHeart RM30

 

Kami daripada MyFundAction bersama MyHeart dengan rendah hati ingin mengajak rakyat Malaysia untuk berganding bahu bagi menjayakan projek ini. Perkongsian dan keprihatinan anda didahului dengan ucapan terima kasih. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

 

Nabi Muhammad S.A.W. Bersabda:

“Apabila kamu menghadiri (menziarahi) orang sakit, maka katakanlah perkara-perkara yang baik. Ini kerana, malaikat akan mengaminkan setiap yang kamu ucapkan.”

                                                                                                          (Riwayat Muslim (919))



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN