[TIDAK MAMPU MENYARA KELUARGA AKIBAT PENYAKIT]
Pembedahan injap jantung pada tahun 2006 menjadikan Encik Muaz kembali sihat seperti sedia kala. Namun, segalanya berubah apabila Encik Muaz sekali lagi diserang sakit jantung yang membuatkannya berada di wad hampir sebulan.
Isterinya, Puan Abidah tidak menyangka suaminya tidak dapat bekerja sepanjang tempohnya sakit. Mereka hilang sumber pendapatan untuk perbelanjaan dan keperluan harian. Hal ini kerana, Encik Muaz seorang sahaja yang bekerja untuk menyara keluarga mereka.
SAKIT LAMA KEMBALI MENYERANG
Bermula dengan kerap demam selama 2 bulan pada 2016, doktor mengesahkan bahawa injap jantungnya mendapat jangkitan kuman.
Pembedahan menukar injap terus dibuat ketika itu. Ketika itu, Encik Muaz kembali sihat dan dapat meneruskan hidup seperti biasa.
Temujanji doktor secara berkala dipenuhi tanpa gagal. Begitu juga pengambilan ubat. Malang tidak berbau, pada bulan Mac yang lalu Encik Muaz diserang sakit jantung semula.
Simptom tidak selesa pada perut, cepat lesu dan kerap masuk angin membuatkan Encik Muaz terus mendapatkan rawatan hospital.
Doktor menyarankan pembedahan menukar injap jantungnya dapat dilaksanakan dengan segera. Jika dibiarkan, oksigen dalam darah tidak dapat mengalir ke organ utama dan boleh menyebabkan risiko kepada Encik Muaz.
Tambahan lagi, Encik Muaz bekerja di bengkel kenderaan yang memerlukan tenaga yang kuat.
Alhamdulillah, urusan Encik Muaz dimudahkan. Pembedahan berjaya dilaksanakan pada 7 Julai 2021 dan tiada komplikasi yang berlaku.
Walaubagaimanapun, Encik Muaz terpaksa ditahan di wad selama sebulan untuk pemerhatian doktor dan baru sahaja discaj pada 26 Julai 2021.
RAWATAN TERKINI
Kini, Encik Muaz perlu menghadirkan diri untuk temujanji di Hospital Mersing sebulan sekali dan Institut Jantung Negara sebanyak dua kali sebulan.
Encik Muaz juga perlu bergantung harap dengan ubat cair darah supaya keadaan dirinya semakin stabil.
Walaupun pembedahan berjaya dilaksanakan, Encik Muaz kini perlu menanggung baki pembedahan menukar injap jantung yang menelan kos hampir RM34,000.
Dengan keadaan dirinya kini yang tidak sihat, sukar baginya untuk mencari wang sebanyak itu dalam masa yang singkat. Tambahan pula kerana sakitnya, Encik Muaz telah cuti tanpa gaji selama hampir dua bulan.
PROJEK: MUAZ BIN MOHAMMAD
Oleh itu, kami daripada MyHeart bersama MyFundAction membuka tabung untuk meringankan beban buat Encik Muaz untuk melangsaikan baki kos pembedahan yang menelan sehingga RM34,000.
Sekali gus, dapat meringankan beban Encik Muaz dan pesakit – pesakit lain sepertinya. Kami menyediakan beberapa pakej untuk anda bersama berkongsi rezeki bersama kami:
Tabung MyHeart RM500
Tabung MyHeart RM200
Tabung MyHeart RM100
Tabung MyHeart RM50
Tabung MyHeart RM30
Semoga dengan usaha kita kali ini dapat mengembalikan senyuman Encik Muaz yang telah lama hilang akibat daripada penyakit yang menimpa dirinya. InsyaAllah, dengan usaha ini juga dapat menjadi asbab kita dipermudahkan di akhirat kelak. Amiin.