[TIDAK SEDARKAN DIRI SECARA TIBA – TIBA]

 


Encik Jumiran, 47 tahun telah disahkan menghidap penyakit strok secara tiba – tiba pada tahun 2019. Encik Jumiran tidak sedarkan diri selepas hampir dua hari sakit kepala. Apabila dikejarkan ke hospital, doktor mengesahkan ada darah beku di bahagian belakang otak yang menjadi penyebab sakit strok.


Sehingga kini, Encik Jumiran hanya mampu terlantar dan dapat menggerakkan sebelah bahagian badannya sahaja. Akibat sakit yang dialaminya, Encik Jumiran terpaksa diberhentikan kerja dan tidak dapat menanggung keluarganya lebih – lebih lagi dua daripada lima orang anaknya masih bersekolah.


DISANGKA SAKIT KEPALA BIASA, RUPANYA DISERANG STROK


 

Pada awalnya, Encik Jumiran merasa pening kepala sahaja ketika balik daripada solat tarawih pada Mei 2019. Encik Jumiran menganggap pening kepalanya itu adalah disebabkan kekurangan gula dalam darah. Oleh sebab itu, Encik Jumiran minum air gula.


Pada keesokan harinya, pening kepalanya masih tidak hilang. Encik Jumiran telah pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan mengambil ubat untuk melegakan sakit kepalanya. Namun, sehingga malam pening kepalanya masih belum hilang. Tidak lama selepas itu Encik Jumiran telah jatuh terlantar tidak sedarkan diri.


Pada masa itu, hanya anak bongsunya yang masih kecil sahaja yang berada di rumah. Anaknya itu cuba untuk mengejutkan Encik Jumiran, tetapi tiada respon yang diberikan terhadapnya.


Tidak lama kemudian, Puan Hayati, isteri kepada Encik Jumiran pulang dan mendapati suaminya terlantar. Lantas Encik Jumiran terus dikejarkan ke Hospital Banting dengan ambulan.


Setibanya di hospital, doktor mengesyaki bahawa Encik Jumiran diserang penyakit strok lantas terus dimasukkan ke wad dan menjalani ujian MRI.


Hasil ujian tersebut, doktor mendapati terdapat darah beku di bahagian belakang otak dan mengesahkan Encik Jumiran diserang strok.


Sepanjang dua minggu di hospital, Encik Jumiran tidak menyedarkan diri. Setelah itu, Encik Jumiran dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.


Di situ, Encik Jumiran telah pun sedarkan diri. Namun, Encik Jumiran kerap kali meracau dan tidak dapat bangun dengan sendiri.


Encik Jumiran hanya dapat menggerakkan sebelah kiri badannya sahaja namun tidak sekuat dahulu. Encik Jumiran juga kerap termenung dengan mata yang tidak berkelip.


Doktor memberitahu bahawa penyakitnya telah menyerang saraf tidur dan mata yang menyebabkan dirinya kerap tidur dan kabur penglihatan. Selepas tiga minggu di hospital, Encik Jumiran dapat pulang ke rumah semula.


BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL


 

Di rumah pula, Puan Hayati kerap memanggil orang untuk mengurut suaminya. Bukan itu sahaja, Encik Jumiran juga mendapat rawatan akupuntur untuk alirkan semula darah ke seluruh badan. Hasil daripada usaha tersebut, Encik Jumiran dapat duduk walaupun sekejap dan mudah untuk dikejutkan daripada tidur.


Encik Jumiran menggunakan kerusi roda adiknya yang boleh dibaringkan untuk bergerak. Walaupun secara fizikal Encik Jumiran semakin pulih, namun Encik Jumiran masih tidak boleh faham apa – apa yang dibicarakan kepadanya. Mandi, makan dan minumnya juga perlu diuruskan oleh isterinya, Puan Hayati.


Kini, Encik Jumiran perlu menghadiri janji temu rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan Klinik Kesihatan Banting enam bulan sekali untuk rawatan mata.


Manakala rawatan fisioterapi pula akan dibuat sebulan sekali di Hospital Banting. Lebih malang lagi, mereka tiada kenderaan yang selesa untuk pergi ke hospital bagi meneruskan janji temu tersebut.


Disebabkan penyakit strok ini, Encik Jumiran terpaksa diberhentikan kerja dan tidak mampu untuk menampung keluarganya. Terutama terhadap dua orang anaknya yang masih bersekolah.


Anak – anaknya yang lain pula tidak dapat pulang ke pangkuan Encik Jumiran dan Puan Hayati untuk membantu mereka atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang sedang melanda negara.


PROJEK: JUMIRAN BIN SHARIFF

Oleh itu, kami daripada MyHeart bersama MyFundAction ingin membuka tabung buat Encik Jumiran dan pesakit – pesakit lain sepertinya.


Seperti yang kita tahu, Encik Jumiran memerlukan pengangkutan untuk memudahkan dirinya bergerak ke hospital. Pihak kami mencadangkan untuk memberikan khidmat klinik bergerak buat Encik Jumiran setiap kali dirinya mempunyai janji temu di hospital dan klinik kesihatan.


Kami juga menyediakan beberapa pakej untuk anda bersama kami dalam berkongsi rezeki:


Tabung MyHeart RM500

Tabung MyHeart RM200

Tabung MyHeart RM100

Tabung MyHeart RM50

Tabung MyHeart RM30


Semoga dengan usaha kali ini sedikit sebanyak dapat memberi senyuman buat Encik Jumiran serta keluarganya. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang prihatin dalam menjayakan projek ini.



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090