![[Projek Pengimarahan Dan Baik Pulih Masjid Tuan Haji Yunus, Ijok] [Projek Pengimarahan Dan Baik Pulih Masjid Tuan Haji Yunus, Ijok]](https://mfa.myfundaction.org.my/media/forms/241-im14_masjidtuanyunus-1611653325.jpg)
“Perlaburan Yang Kekal
Adalah Pelaburan Akhirat.
Ambil Peluang Membaja Saham Pahala Kekal Sehingga Akhirat”
" Perumpamaan orang - orang yang
menderma (sedeqah) harta bendanya di jalan Allah, seperti ( orang yang menanam
) sebijih benih yang menumbuhkan 7 untai dan tiap - tiap untai dapat 100
biji dan Allah melipat kali gandakan ( balasan ) kepada orang yang berkehendaki
, dan Allah Luas ( anugerahNya ) Lagi Maha Mengetahui "
- Surah Al - Baqarah : 261
Masjid Tuan Haji Yunus telah di bina sejak tahun 1923 secara gotong–royong oleh penduduk setempat. Masjid ini dibina di tanah yang di wakafkan oleh Tuan Haji Yunus. Kapasiti masjid ini boleh memuatkan lebih 100 Jemaah dalam satu masa.
Dengan keadaan masjid sebegini, jemaah sekitar agak terbatas untuk menunaikan solat secara berjemaah atau menghadiri sebarang aktiviti dan kelas pengajian kerana kondisi masjid yang kurang kondusif.
KENAPA PERLU SEGERAKAN PROJEK BAIK PULIH MASJID TUAN HAJI YUNUS?
3. Jemaah yang bersolat di dalam masjid berada dalam keadaan bahaya kerana keadaan struktur bumbung yang usang itu boleh menyebabkan bumbung runtuh dan mungkin menghempap jemaah yang sedang berada di dalam masjid.
4. Keselamatan para jemaah yang tidak terjamin dan membuatkan mereka takut untuk bersolat di masjid

PAKEJ A - RM500
PAKEJ B - RM200
PAKEJ C - RM100
PAKEJ D - RM50
PAKEJ E - RM30
Kami daripada MyFundAction dengan rendah diri mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk berganding bahu dalam menjayakan projek pembangunan rumah ibadah orang Islam kita. Setiap pemberian dan kerprihatinan anda didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Untuk maklumat lanjut sila layari Faceebok Page rasmi kami di https://www.facebook.com/myfundaction.org