MALANG MENIMPA DIRI, TULANG KAKI RETAK SEHINGGA TIDAK MAMPU BEKERJA
Noor Hayati, 37 tahun ditimpa malang yang mengubah nasib dirinya. Pada bulan Mei 2019, Puan Hayati terjatuh ketika sedang menghadiri kursus mengajar menjahit di Sandakan, Sabah sehingga menyebabkan tulang buku lalinya retak. Siapa sangka kejadian itu mengubah nasib dirinya dan kerjayanya sebagai guru jahitan terpaksa ditamatkan.
TULANG PATAH PENYEBAB PUAN HAYATI TIDAK MAMPU BERDIRI LAMA
Puan Hayati dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I selepas tragedy yang menimpa hidupnya. Di situ, Puan Hayati menjalani pembedahan pertama buku lalinya pada 27 Mei 2019. Pembedahan tersebut hanyalah untuk memasukkan skru pada tulang yang patah sebelum dibenarkan pulang dan rehat di rumah.
Dua bulan kemudian, Puan Hayati mula tidak boleh berjalan dan berdiri dengan terlalu lama kerana kesakitan pada kaki kirinya. Puan Hayati bertahan dengan kesakitan itu pada tempoh masa yang sangat lama. Ditambah pula dengan kes COVID – 19 yang semakin meningkat di Sabah ketika itu, agak sukar untuk Puan Hayati untuk pergi ke hospital mahupun klinik.
26 Oktober 2020 adalah tarikh Puan Hayati menjalani pemeriksaan kaki di Jesselton Medical Centre bersama doktor pakar kerana sakit di kaki semakin teruk. Doktor mendapati bahawa tulang buku lalinya sudah bercantum semula dan kesakitan yang Puan Hayati alami mungkin berpunca daripada radang pada kawasan buku lali tersebut.
Pada ketika itu, Puan Hayati perlu menjalani ujian MRI untuk memastikan radang yang terjadi pada kawasan buku lali tersebut. Namun, doktor tidak dapat meneruskan ujian tersebut kerana masih terdapat besi pada tulang kaki Puan Hayati.
Sebulan kemudian, Puan Hayati menjalani pembedahan membuang besi pada buku lalinya. Doktor juga memberi suntikan steroid pada tulang untuk mengurangkan radang. Namun, kesakitan itu masih dirasai Puan Hayati. MRI juga dapat dijalankan pada 23 Disember 2020 untuk memastikan radang pada kawasan buku lali Puan Hayati.
Setelah ujian MRI dijalankan, doktor mencadangkan supaya Puan Hayati melakukan pembedahan membaiki buku lali kiri. Pembedahan tersebut dijadualkan pada bulan September ini di Hospital Queen Elizabeth 2 jika kes COVID – 19 di Sabah sudah berkurang.
RAWATAN TERKINI DAN KEPERLUAN
Kini, kesakitan yang dialami Puan Hayati sudah tidak dapat dibendung lagi dan selalu mengganggu kerja sehariannya. Puan Hayati terpaksa menggunakan dua tongkat untuk membantunya berjalan. Kali terakhir Puan Hayati menghadiri temu janji adalah pada bulan Ogos yang lalu di Jesselton Medical Centre.
Tambahan pula, ubat yang diberikan untuk mengurangkan kesakitan kakinya membuatkan Puan Hayati cepat mengantuk dan tidak boleh menerima apa – apa tempahan menjahit baju kerana masalah pada kakinya. Sudahlah itu merupakan punca rezeki utama Puan Hayati buat dirinya dan keluarga.
Kos pembedahan yang Puan Hayati bakal hadapi juga sangat tinggi sehingga mencecah RM18,000. Sudahlah hilang sumber pendapatan utama, kini terpaksa membayar kos pembedahan yang tinggi pula. Puas Puan Hayati memikirkan cara untuk membayar kos pembedahan tersebut.
PROJEK: PEMBEDAHAN KAKI PUAN HAYATI
Oleh itu, kami daripada MyHeart bersama MyFundAction membuka tabung untuk membayar kos pembedahan kaki Puan Hayati. Kami ingin mengajak anda bersama kami dalam misi menyelamatkan Puan Hayati agar dirinya dapat berjalan seperti biasa semula.
Kami juga menyediakan beberapa pakej untuk memudahkan anda berkongsi rezeki bersama kami:
TABUNG MYHEART RM500
TABUNG MYHEART RM200
TABUNG MYHEART RM100
TABUNG MYHEART RM50
TABUNG MYHEART RM30
Semoga dengan usaha ini, dapat membantu Puan Hayati untuk berjalan semula. Kami terlebih dahulu mengucapkan terima kasih buat anda yang sudi berkongsi rezeki bersama kami.