[HOSPITAL MENJADI RUMAH KE DUA BUAT WAN ROSLI]
Wan Rosli bin Ismail, 51 tahun disahkan mempunyai masalah buah pinggang sejak tahun 2018. Berat baginya untuk menerima hakikat tersebut lebih – lebih lagi apabila memikirkan tentang isteri dan anak yang masih lagi belajar di universiti.
Malang tidak berbau, akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan pada 2019 telah membuat dirinya terpaksa membungkus perniagaan.
Sudahlah itu merupakan punca rezeki utama buat keluarganya, ditambah pula dengan sakit yang menimpa diri. Berat mata memandang, berat lagi bahu Encik Rosli yang memikul.
SAKIT YANG ADA SEMAKIN KRONIK
Encik Rosli telah didiagnos menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi pada tahun 2000. Namun, penyakitnya semakin hari semakin teruk sehingga mengakibatkan buah pinggangnya tidak berfungsi dengan baik pada 2018.
Awalnya doktor melakukan rawatan dialisis air selama 2 tahun. Namun, rawatan tersebut terpaksa diberhentikan kerana tidak sesuai dengan badannya kerana kerap mendapat jangkitan kuman walaupun sentiasa menjaga kebersihan.
Pada Oktober 2020, Encik Rosli mula mencuci darahnya dengan menggunakan tiub di leher. Doktor juga telah memasang fistula pertama pada pergelangan tangan kiri pada bulan Februari yang lepas tetapi kaedah tersebut tidak dapat diteruskan apabila terdapat ketulan darah setelah 6 minggu.
RAWATAN DAN KEPERLUAN TERKINI
Alhamdulillah, kini Encik Rosli berada dalam keadaan stabil kerana telah mengikuti cara diet pesakit hemodialisis (dialisis darah) seperti yang disarankan oleh doktor.
Encik Rosli kini perlu menghadiri janji temu di salah sebuah pusat dialisis di Perak sebanyak 3 kali seminggu.
Namun begitu, Encik Rosli masih memerlukan fistula baru pada kawasan siku kirinya. Fistula buat Encik Rosli sangat penting untuk mengelakkan jangkitan pada tiub yang dipasang dilehernya bagi tujuan rawatan dialisis.
PROJEK: ENCIK WAN ROSLI
Oleh sebab itu, kami daripada MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka tabung untuk melengkapkan keperluan Encik Wan Rosli dan pesakit – pesakit lain sepertinya. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang sudi untuk merealisasikan projek ini.
Kami juga menyediakan beberapa pakej bagi memudahkan urusan anda berkongsi rezeki bersama kami:
Tabung MyHeart RM500
Tabung MyHeart RM200
Tabung MyHeart RM100
Tabung MyHeart RM50
Tabung MyHeart RM30
Semoga dengan perkongsian kita merealisasikan projek ini dapat memberi sinar baru buat Encik Wan Rosli dan pesakit – pesakit lain sepertinya.