TIDAK PERNAH TAHU DIRINYA DISERANG PENYAKIT



Kehidupan Puan Musripah, 64 tahun adalah seperti insan lain. Disangka dirinya masih sihat dan kuat seperti dahulu walaupun penglihatannya terhad. Namun, segalanya berubah apabila kakinya terpijak dawai kokot yang jatuh di lantai semasa ingin mengambil air di dapur rumahnya.


Dengan bantuan daripada anaknya, Puan Musripah dikejarkan ke klinik kerana luka di kakinya semakin teruk merebak hampir separuh tapak kaki. Di klinik, Puan Musripah baru mengetahui bahawa dirinya menghidap penyakit kencing manis.


MEMPUNYAI SIMPTOM DIRINYA MENGHIDAP PENYAKIT, TETAPI HANYA DISANGKA PERKARA BIASA


 

Kehidupan seharian Puan Musripah seperti orang biasa yang lain. Dirinya juga tidak pernah mengetahui jika mempunyai apa – apa penyakit.


Walaupun begitu, beberapa simptom penyakit kencing manis sudah ditunjukkan. Kerap minum air dan selalu kencing pada waktu malam merupakan salah satu simptom yang dihadapinya.


Kisah Puan Musripah ini bermula semenjak bulan April 2021. Penglihatannya yang kurang jelas akibat daripada selaput mata di kedua – dua belah matanya telah menyebabkan kecelakaan pada dirinya.


Puan Musripah terpijak dawai kokot yang terjatuh di lantai semasa ingin menuju ke dapur rumahnya. Disebabkan itu, kakinya terluka pada bawah ibu jari kaki kiri.


Apabila perasan kakinya luka, Puan Musripah terus menyapu minyak angin dan membalut kakinya. Beberapa hari kemudian, Puan Musripah menyangka bahawa luka di kakinya itu semakin pulih. Namun, sebaliknya yang berlaku dan lukanya bertambah parah.


Puan Musripah mendapati bahawa lukanya semakin membesar dan merebak hampir ke separuh tapak kakinya. Tambahan lagi, luka tersebut mula bernanah dan berdarah. Walaubagaimanapun, Puan Musripah tidak perasan lukanya semakin membesar kerana kakinya tidak merasa sakit. 


Sejurus dengan itu, Puan Musripah terus dikejarkan ke klinik bersama anaknya. Di klinik, baru Puan Musripah mengetahui bahawa dirinya mempunyai penyakit kencing manis kerana bacaan gula dalam darahnya terlampau tinggi.


Kemudian, Puan Musripah dirujuk ke Hospital Serdang untuk rawatan selanjutnya dan mengawal gula dalam darah. Di situ, Puan Musripah ditahan wad untuk 4 ke 5 hari.


Sepanjang berada di wad, Puan Musripah beberapa kali menjalani pembedahan kecil untuk membuang tisu mati dan nanah pada kakinya. Puan Musripah juga mendapat rawatan dressing setiap hari pada bahagian yang dibedah.


Selain itu, ubat kencing manis secara oral dan insulan juga diberi oleh doktor. Sebelum discaj, doktor memberitahu anggaran masa kakinya akan kembali pulih sepenuhnya adalah dalam tempoh 3 bulan.


RAWATAN TERKINI


 

Puan Musripah dijaga oleh anaknya, Puan Norlin Mastura di rumah. Setiap 2 kali sehari, Puan Musripah akan dibawa ke klinik di Hospital Serdang untuk membuat rawatan dressing.


Manakala pada hari Sabtu dan Ahad pula, akan dibawa ke klinik swasta yang menelan kos sebanyak RM50 ke RM60 untuk sekali rawatan dressing.


Disebabkan oleh usaha yang dilakukan oleh doktor dan Puan Musripah sendiri, gula dalam darahnya dapat diturunkan sehingga hampir ke tahap normal.


Doktor memberi ubat kencing manis secara oral, insulin, ubat tahan sakit dan antibiotik yang perlu diambil di rumah sahaja.


Doktor juga menyarankan supaya Puan Musripah tidak banyak bergerak dan bejalan. Hal ini kerana tekanan yang diberi apabila cuba untuk berjalan akan menyebabkan luka di kaki bertambah parah.


Oleh sebab itu, Puan Musripah menggunakan kerusi roda yang diberikan oleh jirannya untuk bergerak sekaligus dapat menjaga kakinya yang semakin sembuh.


Dengan tanggungan yang ramai, agak sukar buat Puan Norlin dan suami untuk menanggung kos rawatan ibunya. Gajinya sebagai tukang cuci yang tidak seberapa lebih menekan kehidupan dirinya sekeluarga.


Lebih – lebih lagi semasa arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang melanda seluruh negara kini.


PROJEK: PUAN MUSRIPAH


 

Oleh itu, kami daripada MyHeart bersama MyFundAction terpanggil untuk meringankan beban keluarga Puan Musripah untuk rawatan kakinya. Kami membuka tabung rawatan kepada anda bagi bersama berkongsi rezeki buat Puan Musripah dan pesakit – pesakit lain sepertinya.


Kami menyediakan beberapa pakej untuk anda berkongsi rezeki bersama kami:

Tabung MyHeart RM500

Tabung MyHeart RM200

Tabung MyHeart RM100

Tabung MyHeart RM50

Tabung MyHeart RM30

Semoga dengan usaha kali ini dapat meringankan beban yang dihadapi oleh Puan Musripah sekeluarga. Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan yang diberikan oleh anda.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090