TIDAK SEMUA ORANG MAMPU DAN MILIKI NASIB YANG SAMA KETIKA DIUJI



Ramai di antara kita di waktu sihat seringkali lupa dan alpa tentang kesihatan diri. Ramai juga yang berfikir aku masih muda, aku tak akan sakit sedangkan itu tidak benar.


Sakit dan sihat datang daripada Allah, bila – bila masa sahaja Dia boleh turunkan musibah kepada kita. Sihat dan muda merupakan pinjaman sementara sang Pencipta.


Ada yang terima bermacam jenis penyakit semenjak dirinya masih kecil. Ada juga daripada mereka yang muda dan masih sihat namun ditimpa musibah seperti kemalangan.


Lalu menyebabkan dirinya lumpuh tidak dapat bergerak. Dan ada juga yang tidak menyedarkan diri secara tiba – tiba kerana diserang penyakit sehingga terlantar di katil tidak mampu berbuat apa – apa.


Walaubagaimanapun, ada daripada mereka itu mampu untuk membiayai dirinya sendiri ketika sakit. Jika tidak dirinya, keluarga terdekat juga mampu untuk menanggungnya.


Tetapi, ada juga yang tidak bernasib baik. Hanya mampu berserah dengan ketentuan. Ingin membantu diri sendiri juga tidak mampu inikan pula keluarga tercinta.


BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING



Berusaha untuk prihatin dengan nasib mereka, pihak MyHeart cuba untuk menggalas tanggungjawab kepada masyarakat yang terdesak dan kurang berkemampuan. Kami menjalankan kempen kerusi roda dan katil hospital buat kegunaan pesakit – pesakit yang memerlukan.


Kegunaan kerusi roda ini sedikit sebanyak dapat membantu pesakit – pesakit dalam melakukan pergerakan di dalam dan di luar rumah.


Selain itu, ia dapat memberi sokongan moral buat pesakit dimana dirinya boleh bergerak sendiri tanpa bantuan sesiapa. Kerusi roda adalah ibarat kaki pesakit, tanpanya pesakit tidak mampu bergerak ke mana – mana.


Bagi katil hospital pula, ia amat diperlukan buat pesakit yang terlantar dirumah yang tidak dapat menguruskan diri sendiri.


Selain ia menyenangkan pesakit, ia juga dapat memudahkan penjaga untuk menjaga dan merawat mereka seperti beri makan dan ubat serta menukar lampin atau pakaian pesakit.


Katil ini juga sangat sesuai digunakan buat pesakit yang bedridden buat jangka masa yang lama.


APA AKAN TERJADI SEKIRANYA PESAKIT TIDAK MENERIMA ALATAN INI?



Kedua – dua alatan ini amat diperlukan buat mereka lebih – lebih lagi buat mereka yang tidak mampu untuk membelinya sendiri. Kos perubatan hospital juga sudah sangat mahal buat mereka, inikan pula katil dan kerusi roda.


Terdapat pesakit di luar sana yang telah kehilangan kaki akibat penyakit yang menimpa diri tetapi mereka tidak dapat bergerak kerana tiada kerusi roda.


Jika tidak, mereka akan cuba untuk bergerak dengan car mengesot. Hal ini boleh membahayakan dan mencederakan diri mereka sekiranya terdapat apa – apa alatan tajam di lantai seperti batu dan kaca.


Oleh itu, kerusi roda ini sangat penting buat mereka untuk bergerak dengan selamat.


Tambahan lagi, ia memudahkan penjaga mereka setiap kali ingin bergerak ke tempat lain tanpa perlu mengangkat mereka.


Terdapat juga kes di mana penjaga mereka mendapat kecederaan tulang belakang ketika menguruskan mereka kerana perlu menggunakan kudrat untuk mengangkat mereka dari satu tempat ke tempat yang lain.


Oleh itu, dengan adanya kerusi roda dan katil hospital dapat mengelakkan perkara – perkara ini terjadi.


PROJEK: KERUSI RODA



Kami daripada MyHeart dengan kerjasama MyFundAction ingin membuka tabung katil dan kerusi roda buat pesakit – pesakit dalam Malaysia yang memerlukan. 


Kami akan memberikan kerusi roda dan katil kepada pesakit secara percuma dan mereka boleh menggunakannya sehingga sihat.


Kami menyasarkan sebanyak 20 kerusi roda dan 10 katil dapat diserahkan kepada pesakit dalam sebulan. Oleh itu, kos alatan perubatan ini mencecah sehingga RM38,000 sebulan untuk menanggung pesakit – pesakit yang ada.


Kami menyediakan beberapa pakej untuk anda bersama kami dalam menjayakan projek ini:


Tabung MyHeart RM500

Tabung MyHeart RM200

Tabung MyHeart RM100

Tabung MyHeart RM50

Tabung MyHeart RM30


Semoga dengan rezeki yang anda kongsikan bersama kami dapat menyelamatkan anda di akhirat kelak. Dengan perkongsian ini juga, anda dapat memberi senyuman dan sinar harapan buat mereka yang akan menerimanya kelak. Amiin.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
MyHeart Fund RM500
MyHeart Fund RM200
MyHeart Fund RM100
MyHeart Fund RM50
MyHeart Fund RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090