[HAMPIR BUTA AKIBAT PENYAKIT]
Puan Natcatiram, 65 tahun pada mulanya diserang penyakit katarak mata disebelah kiri semenjak September 2020. Namun, ibarat jatuh ditimpa tangga, mata sebelah kanannya pula mempunyai masalah yang lebih rumit. Kesan penyakit tersebut menyebabkan puan Natcatiram hampir buta.
Dengan keadaannya yang begitu, puan Natcatiram tidak dapat bekerja sudah lebih daripada 1 bulan. Ditambah dengan tanggungannya menjaga anak buah yang masih belajar di universiti dan sudah kehilangan ayah. Agak sukar bagi puan Natcatiram untuk meneruskan rawatan mata sekaligus menyediakan kelengkapan yang cukup untuk anak buahnya itu.
________________________________________________
DISANGKA CUMA SEBELAH MATA
Pada September 2020, penglihatan puan Natcatiram semakin kabur. Apabila diteliti, doktor mendapati ada selaput katarak di mata kirinya. Sehubungan dengan itu, pembedahan telah dijalankan pada Disember 2020 yang lepas.
Beberapa hari sebelum membuat pembedahan, puan Natcatiram merasa pedih di mata kanannya pula. Apabila doktor membuat pemeriksaan, doktor mendapati bahawa mata kanannya terlampau kering sehingga menyebabkan kepedihan. Lalu, doktor memberi ubat titis mata untuk mengurangkan rasa pedih tersebut.
Namun, penderitaan puan Natcatiram tidak sampai disitu sahaja. Setelah beberapa bulan, mata puan Natcatiram masih lagi berasa pedih walaupun telah dititis dengan ubat setiap hari. Puan Natcatiram merasakan seperti ada semut berjalan di matanya sepanjang masa.
Justeru, puan Natcatiram pergi ke klinik berdekatan dengan rumahnya pada bulan April yang lalu untuk membuat pemeriksaan terhadap matanya. Kemudian, puan Natcatiram dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
Semasa di hospital, puan Natcatiram diberitahu bahawa mata hitamnya terkeluar dari bola matanya. Hasil daripada itu, puan Natcatiram ditahan di wad sehingga ke hari ini. Doktor sekali lagi memberi ubat titis khas kepada puan Natcatiram untuk dititis 2 jam sekali kepada mata kanannya dan 4 jam sekali untuk mata kirinya.
_________________________________________________
PENGLIHATAN TERBATAS AKIBAT KONDISI YANG DIALAMI
