[BANTUAN KEMANUSIAAN DISEKAT, RAKYAT HILANG BEKALAN MAKANAN]
\
Menurut United Nation (UN), krisis di Yaman merupakan krisis kemanusiaan paling teruk yang pernah dicatatkan di dunia pada masa kini. Dengan melihat perubahan yang berlaku di seluruh muka bumi ini sedikit demi sedikit, kenyataan tersebut ada benarnya.
Krisis di Yaman berlaku akibat peperangan saudara yang berlaku antara dua pihak. Krisis itu juga telah mengakibatkan banyak kesan buruk terhadap rakyat mereka yang tidak berdosa sehingga menyebabkan bekalan makanan, perubatan dan bantuan kemanusiaan untuk rakyat mereka disekat sepenuhnya.
Sangat tragis jika kita lihat apa yang berlaku terhadap saudara kita di sana. Lebihan lagi terhadap warga tua, kanak – kanak dan ibu yang mengandung.
____________________________________________________
PERANG SAUDARA TELAH BERLAKU BERTAHUN LAMANYA
Akibat peperangan yang tiada kesudahan, ada antara mereka yang telah kehilangan keluarga, tempat tinggal dan senyuman di wajah. Kebanyakan rakyat Yaman telah dikejarkan ke beberapa buah kem pelarian di sana antaranya San’a, Jufainah dan Hudaidah. Namun, keadaan menjadi semakin teruk akibat sekatan sumber makanan terhadap mereka.
Bukan itu sahaja, ekonomi mereka juga sangat terjejas dengan peningkatan harga barang keperluan sehingga 60 peratus. Hal ini telah mengakibatkan kes kebuluran di sana meningkat dengan banyak dari hari ke hari.
Dengan pandemik yang sedang melanda seluruh dunia semenjak hujung tahun 2019. Namun, itu bukanlah masalah paling utama bagi mereka. Si bapa lebih takut untuk tidak dapat memberi makan kepada ahli keluarga mereka berbanding situasi pandemik yang melanda.
__________________________________________________
KEBULURAN PERLU DIHAPUSKAN
Oleh itu, kami daripada MyFundAction Bersama Food For Hunger ingin membuka Tabung Roti Yaman bagi membendung masalah kebuluran di sana. Anggaran sebanyak 7,000 keluarga akan menerima manfaat daripada usaha ini. Dengan usaha ini kita dapat mengukir senyuman anak – anak kecil yang tidak berdosa akibat daripada tamaknya mereka di atas.
PROJEK: TABUNG ROTI YAMAN
Kami membuka peluang kepada anda untuk bersama menjayakan projek ini. Oleh itu, kami menyediakan beberapa pakej untuk anda bersama berkongsi rezeki:
Tabung Roti Yaman – RM500
Tabung Roti Yaman – RM200
Tabung Roti Yaman – RM100
Tabung Roti Yaman – RM50
Tabung Roti Yaman – RM30
Semoga dengan usaha kali ini dapat membantu memberi senyuman kepada saudara kita di Yaman sekaligus menghapuskan masalah kebuluran yang melanda negara saudara kita di sana. Kami doakan agar sedikit rezeki yang anda kongsikan akan dapat membantu anda di akhirat kelak. Amiin.