[KEHIDUPAN SEKELUARGA BERUBAH SEKELIP MATA SELEPAS DIUJI SAKIT]



Oksigen tidak sampai ke otak, doktor terpaksa tebuk tekak. Itu sahaja cara untuk selamatkan Raja Hasnadi apabila jantungnya berhenti selama 7 minit. Penyakit asma yang dihidapnya menjadi lebih teruk sehingga berhenti bernafas seketika

Akibat kejadian itu, dari seorang yang bekerja menyara keluarga, Raja Hasnadi hanya mampu terbaring dan hanya boleh menggerakkan jari-jarinya sahaja. 

HILANG PUNCA PENDAPATAN 

Keadaan semakin sukar buat mereka apabila perlukan kos rawatan yang tinggi dan pengangkutan ke hospital. Kos ulang alik untuk ke hospital sahaja mencecah RM200 kerana perlukan ambulan khas untuk membawa Raja Hasnadi. 

Mahu tidak mahu, mereka terpaksa juga menggunakan ambulan kerana tiada pilihan lain. Hal ini kerana doktor tidak menggalakkan Raja Hasnadi dibawa ke hospital dengan kereta disebabkan keadaan dirinya yang tidak mengizinkan. 

BERGANTUNG PADA SUSU KHAS

Tambahan lagi Raja Hasnadi hanya bergantung kepada susu khas kerana tidak dapat makan dan minum seperti biasa. Makanan lembut juga tidak dapat ditelan inikan pula makanan keras. Tempat tebukan juga telah berdarah semula sehingga menyebabkan jangkitan kuman.

APA YANG BOLEH KITA LAKUKAN?

Keadaan sukar ini boleh diringankan dengan sokongan daripada kita semua. MyFundAction bersama MyHeart mengajak anda semua sama-sama berkongsi rezeki meringankan beban Raja Hasnadi sekeluarga. 

Pakej:
Tabung MyHeart RM500
Tabung MyHeart RM200
Tabung MyHeart RM100
Tabung MyHeart RM50
Tabung MyHeart RM30

Ayuh segera kita kumpul pahala. Mudah-mudahan Allah melimpah ruahkan rezeki dan hadiahkan keberkatan buat anda yang sudi berkongsi rezeki bagi membantu saudara kita, Raja Hasnadi.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090