[ BERBAKI LAGI 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN, MASIH ADA LAGI PELUANG UNTUK KITA TAMBAH AMALAN ]


Ramadhan tahun ini hampir melabuhkan tirai. Seperti yang kita semua tahu pada penghujung Ramadhan terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Ramai daripada kita yang ternanti – nanti malam Lailatul Qadar ini berkunjung tiba.


Pada malam itulah terdapat pelbagai fadhilat yang diceritakan pada ayat Al – Quran dan Hadis Nabi S.A.W. Antaranya adalah amalan berkongsi rezeki kepada yang memerlukan. Telah diceritakan bahawa apabila kita berkongsi rezeki kita dengan mereka yang yang berpuasa, kita akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala kita sendiri.


Bayangkan ganjaran tersebut dilipat gandakan sebanyak 1,000 kali malahan lebih daripada itu. Sungguh besar ganjaran yang dijanjikan Allah kepada kita pada bulan yang mulia ini.

_____________________________________________________________________________________

SIAPA GOLONGAN YANG MEMERLUKAN INI?

Mungkin kita tak sedar atau kurang peka dengan masyarakat sekeliling kita. Ya, mereka sangat dekat dengan kita. “Mereka” yang dimaksudkan tersebut adalah anak – anak yatim yang masih kecil, golongan fakir miskin yang masih berkira dengan rezeki yang mereka ada hanya untuk dapatkan sesuap nasi setiap hari dan golongan asnaf lain yang sangat memerlukan sokongan daripada kita yang lebih bernasib baik ini.

__________________________________________

PROJEK: SPECIAL IFTAR FOR UMMAH (SIFU)

Kami daripada MyFundAction dengan kerjasama Food For Hunger membuka tabung makanan untuk mereka yang memerlukan iaitu anak – anak yatim, fakir miskin dan asnaf – asnaf yang lain.


Kami percaya, Allah kurniakan rezeki lebih buat kita kerana itu adalah ujian buat kita. Lebih banyak harta kita ada, lebih banyak tanggungjawab kita terhadap ummat.

________________________________________________

Oleh itu kami ada menyediakan pakej – pakej untuk anda berkongsi rezeki bersama.

TABUNG SIFU RM1,000

TABUNG SIFU RM300

TABUNG SIFU RM100

TABUNG SIFU RM30


Kami harap dengan usaha mulia kita berkongsi rezeki dapat memberi sinar baru dalam kehidupan mereka. Semoga Allah merahmati usaha anda dalam menjayakan projek ini. Lebihan lagi dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Kami doakan agar anda dapat berjumpa dengan malam Lailatul Qadar. Amiin.


Dari Abu Hurairah RA, Nabi S.A.W. bersabda:

“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.”

(HR.Tirmidzi No 735)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
SIFU 1000 - RM 1000
SIFU 300 - RM 300
SIFU 100 - RM 100
SIFU 30  - RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090