NASI DAN KICAP JADI MENU UTAMA HARIAN


Hilang pekerjaan, hilang pendapatan dan terhimpit dengan kesusahan menjadikan mereka bertambah susah. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, barang keperluan yang meningkat harga. Sedangkan pendapatan di tahap yang merudum. Inilah yang berlaku dan situasi yang menarik perhatian kami di MyFundAction.


Antaranya, kisah meruntun jiwa sebuah keluarga sudah 9 tahun berlindung di teratak usang hasil kutipan barang binaan rumah yang terbuang.


Hakikatnya rumah tersebut dibina menggunakan lebihan zink dan kayu dari runtuhan rumah sewa lama. Tiada bilik air, keadaan rumah tidak berbumbung malah hanya ditutup menggunakan zink dan kayu reput.

  

 

Di situlah ruang tamu, di situlah dapur dan di situ jugalah bilik tidur. Puan Ummi tinggal di rumah itu bersama suaminya, Encik Wahab dan 2 orang anak mereka selepas rumah sewa yang diduduki sebelum ini terpaksa dirobohkan oleh tuan rumah. Mereka tiada pilihan lain.


Bayangkan keadaan rumah mereka begitu, bagaimana pula mereka ‘survive’ untuk makan?



“Nasi dengan minyak pun budak-budak ni makan, minyak ikan kering pun tidak kisah”, luahan sayu Puan Ummi. Mereka sekeluarga sering mengalami masalah makanan, hanya makan apa yang ada.


Anak-anaknya sudah terbiasa makan lauk seperti kicap dan ikan kering. Ada kala makan nasi berlaukkan kicap sahaja.

“Kita tak makan takpe, bagi anak makan”

Betul lah orang kata, demi anak, ibu sanggup berkorban. Puan Ummi sanggup ikat perut asalkan anak-anaknya tidak kebuluran. Kadangkala mereka menternak ayam biar ayam itu dapat bertelur dan jadikan lauk.


Mereka juga membela ikan di kolam belakang rumah untuk dijadikan lauk sekiranya terdesak.

Kini sumber rezeki hanya bergantung harap pada pendapatan Encik Wahab yang tidak seberapa. Beliau bekerja kampung dan mendapat pekerjaan jika ada permintaan dari orang kampung. Sehari dalam RM30, itu pun tidak menentu.


Sebelum ini Puan Ummi menjual nasi lemak dan makanan berlauk namun disebabkan kenderaan yang digunakan untuk berniaga rosak, perniagaan tersebut tidak dapat diteruskan. Tambahan pula lokasi rumah mereka agak jauh dari jalan utama yang menyukarkan Puan Ummi untuk berulang-alik ke rumah. 


PROJEK REZEKI UMMAT


Kotak Rezeki Ummat merupakan kotak berisi keperluan asas buat mereka yang memerlukan. Lebih 15 barang keperluan asas di dalamnya seperti beras, minyak, biskut kering, susu, teh, gula, tepung dan lain-lain.


Projek ini memfokuskan pemberian kepada beberapa golongan di seluruh negara yang terkesan dalam usaha menangani penularan wabak pandemik. Antaranya:


1. Golongan B40, miskin dan miskin tegar.

2. Kurang Berkemampuan (OKU dan Orang Tua)

3. Bantuan pasca bencana

4. Masyarakat pedalaman (Orang Asli)

5. Hilang punca pendapatan




Kotak Rezeki Ummat mampu memberikan senyuman kepada mereka, kami percaya masih ada yang bersimpati dengan nasib mereka. Ayuh berikan sinar kebahagiaan buat mereka! 


Allah berfirman:

Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.”

(Qs. Al Hadid: 18)



 



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Pakej A RM500
Pakej B RM200
Pakej C RM100
BANTU 3 KELUARGA RM 450
BANTU 1 KELUARGA RM 150
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090