Dah 6 kali jalani pembedahan jantung kronik!
Sewaktu kami datang ziarah Kak Faz, Zaquan nampak lemah tak berdaya. Kemudian, Kak Faz berbicara...
"Andai sakit tu boleh berpindah, biarlah pindah pada saya," luah Kak Faz.
Jangan biarkan mak yang sakit. Andai semua ahli keluarga sakit, seorang mak boleh jaga semuanya.
Tapi bila seorang mak yang sakit, semua isi keluarga jadi tak tentu arah, kucar kacir.
Tambah-tambah, Kak Faz merupakan ibu tunggal merangkap pejuang nafkah bagi keluarganya.

Kak Faz diuji dengan anak syurga OKU pendengaran yang menghidap penyakit jantung berlubang sejak lahir.
Zaquan, 11 tahun setakat ini dah menjalani sebanyak 6 kali pembedahan yang melibatkan penyakit jantungnya yang kronik.
Dia juga ada masalah usus, masalah buah pinggang dan darah tinggi yang menyebabkan dia tak boleh hadam makanan pejal seperti nasi.
Yang buat dia bernafas sehingga kini hanyalah kerana dia bergantung sepenuhnya dengan minum susu.

Kak Faz cerita, perbelanjaan susu untuk Zaquan sahaja memerlukan hampir RM2,000 sebulan.
Zaquan tak boleh terkena jangkitan kuman sebab paru-paru dia sudah berlubang teruk.
Walaupun dah menjalani 6 kali pembedahan, riwayat hidupnya hanya bergantung dengan minum susu semata-mata.

Jom jiwa baik!
Zaquan dah terlalu lama menderita..
Anak syurga ini perlukan sokongan anda untuk dia terus hidup.
KOS KEPERLUAN ZAQUAN: RM23,000
Kongsi Rezeki RM50
Susu Khas (RM21,000+-) RM100/unit
Kos Rawatan (RM2,000+-) RM150/bahagian
*Kami menyarankan anda untuk memilih 2 x Susu Khas RM100/unit supaya nyawa Zaquan terselamat!
Disclaimer:
MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah Zaquan Harith Mikhail untuk menjayakan Tabung Jantung untuk pesakit sepertinya. Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan Zaquan Harith Mikhail dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers.