Wakaf Karpet Masjid Baharu


Pernah tak anda rasa solat di masjid, atas karpet yang sudah lusuh dan menipis? Mesti rasanya keras dan kasar kan. Bahkan kurang selesa.


Sebenarnya karpet itu sangat penting supaya kita dapat beribadat kepada Allah dengan penuh selesa dan khusyuk.



“Jarak paling dekat antara seorang hamba dengan ALLAH SWT adalah ketika sedang sujud. Maka perbanyaklah doa ketika sujud” (HR. Abu Hurairah).



Tapi bagi sesetengah masjid, mereka tidak dapat menukar karpet lama dengan yang lebih selesa. Bukan atas sebab tidak mahu tetapi kerana dihimpit masalah kewangan.


Rata-rata penduduk di kawasan sebahagian masjid ada yang hanya bekerja di kampung sahaja. Tak mampu untuk biayai kos menarik taraf masjid.




Dana tabung masjid pula cukup-cukup untuk membayar bil elektrik dan air sahaja.


Itu baru karpet, belum termasuk lagi jika ada bumbung masjid yang bocor, cat dinding masjid yang pudar, lusuh dan masalah-masalah yang lain juga.



Jadi, kami memerlukan 850 pewakaf untuk mewakafkan hanya serendah RM30 sahaja untuk Wakaf Karpet Masjid baharu.



Ayuh semua jiwa baik, kita bekerjasama untuk segerakan projek naik taraf masjid ini. 


InsyaAllah, dengan usaha kita, penduduk setempat dapat beribadat dengan lebih selesa. Malahan, besar sangat pahala bagi mereka yang berwakaf atas jalan Allah.



Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir tumbuh seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa saja yang Dia kehendaki, Dan Allah Maha Kuasa (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui (Qs Al-Baqarah 261). 



Selain wakaf untuk diri sendiri, anda juga boleh niatkan wakaf anda untuk:

  • Ibu bapa yang sudah meninggal dunia atau yang masih hidup
  • Isteri, anak-anak atau sahabat yang pernah berbudi dgn kita
  • Lunaskan hutang kita kepada mereka yang kita sudah terputus hubungan




Penafian: Projek Wakaf Masjid dan Surau - MyFundAction memfokuskan pembinaan semula masjid yang usang dan menyediakan fasiliti masjid/ surau yang lebih baik di beberapa negeri bertumpu. Hasil wakaf yang terkumpul akan disalurkan kepada menjayakan misi ini dengan tujuan untuk mengajak lebih ramai orang mengimarahkan rumah Allah.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Pakej Ma'wa RM30
Pakej Rayyan RM50
Pakej Adni RM100
Pakej Naim RM200
Pakej Al-Falah RM500
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090