Rebut Pahala Berpanjangan Dengan Wakaf Masjid
“Jarak paling dekat antara seorang hamba dengan ALLAH SWT adalah ketika sedang sujud. Maka perbanyaklah doa ketika sujud” (HR. Abu Hurairah).
Pernah tak anda merasa solat di masjid, atas karpet yang sudah lusuh dan menipis? Mungkin ada yang pernah, mungkin ada yang tak.
Sebenarnya, karpet sangat penting bagi sesebuah masjid supaya dapat solat dengan penuh selesa dan khusyuk.
Tapi bagi sesetengah masjid, karpet solat mereka tidak dapat ditukar. Bukan atas sebab tidak mahu tetapi kerana dihimpit masalah kewangan.
Tak semua penduduk kariah sekitar masjid itu orang yang senang. Ada yang hanya bekerja di kampung sahaja seperti penduduk di Masjid Kadariah.
Mereka tak mampu untuk membayar kos naik taraf seperti gantikan karpet lama dengan yang baru.
Dana tabung masjid pula cukup-cukup untuk membayar bil elektrik dan air sahaja.
Selain karpet, bumbung masjid yang bocor dan dinding luar masjid yang pudar, lusuh juga sudah lama tidak ditukar dan dicat semula.
Jadi, kami memerlukan 850 pewakaf untuk mewakafkan hanya serendah RM30 sahaja untuk Wakaf Karpet Masjid baharu.
Ayuh Tuan/puan, kita segerakan projek naik taraf Masjid Kadariah ini dengan mewakafkan karpet baru untuk keselesaan penduduk setempat beribadat.
Insya Allah, besar pahalanya buat semua pewakaf yang berwakaf.
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir tumbuh seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa saja yang Dia kehendaki, Dan Allah Maha Kuasa (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui (Qs Al-Baqarah 261).
Selain wakaf untuk diri sendiri, anda juga boleh niatkan wakaf anda untuk:
- Ibu bapa yang sudah meninggal dunia atau yang masih hidup
- Isteri, anak-anak atau sahabat yang pernah berbudi dgn kita
- Lunaskan hutang kita kepada mereka yang kita sudah terputus hubungan
Penafian: Projek Wakaf Masjid dan Surau - MyFundAction memfokuskan pembinaan semula masjid yang usang dan menyediakan fasiliti masjid/ surau yang lebih baik di beberapa negeri bertumpu. Hasil wakaf yang terkumpul akan disalurkan kepada menjayakan misi ini dengan tujuan untuk mengajak lebih ramai orang mengimarahkan rumah Allah.