Wakaf Naik Taraf Tandas Masjid Saadah
"Bersuci adalah sebahagian daripada keimanan"
Siapa saja yang tak suka datang ke masjid yang cantik, betul tak?
Tapi kalau masjid saja cantik tandasnya rosak, berbau dan tidak dijaga, kita sendiri akan fikir dua kali samada nak singgah atau tidak.
Islam sangat menekankan kebersihan kerana ianya sangat berkait dengan ibadah bagi setiap Muslim.
Lagi pula, kalau bercakap soal kebersihan, masjid atau surau itu kan tempat yang terbaik untuk mempamerkan kesucian dan identiti Islam itu sendiri.
![]()

Tapi, itulah yang berlaku di Masjid Saadah. Masjid ini mempunyai 4 buah tandas (2 lelaki 2 perempuan).
Malangnya, 3 daripadanya rosak dan hanya 1 tandas muslimat sahaja yang boleh digunakan.
![]()
Sistem kumbahan di masjid ini sudah lama rosak sehinggakan;
- berlaku limpahan air dari mangkuk tandas setiap kali tandas dipam
- apabila hujan lebat, air hujan akan memenuhi tangki septik sehingga penuh dan melimpahkan kandungannya menghasilkan bau yang sangat busuk.
- permukaan lantai yang tidak sekata akan menjadi licin apabila air bertakung.
Disebabkan masalah ini, kawasan tandas masjid menjadi busuk dan tidak bersih.
Malangnya, 3 daripadanya rosak dan hanya 1 tandas muslimat sahaja yang boleh digunakan.

Sistem kumbahan di masjid ini sudah lama rosak sehinggakan;
Raih Pahala Jariyah Berpanjangan Dengan Naik Taraf Tandas Masjid
Bukanlah niat ahli jawatankuasa masjid tersebut untuk terus membiarkan tandas tersebut terus rosak.
Tetapi, dana masjid yang ada hanya cukup-cukup untuk membayar bil elektrik dan air sahaja.
![]()
Buat pengetahuan anda, masjid ini menjadi tempat berkumpul penduduk untuk melakukan aktiviti ibadah dan setiap kali ada program besar, tandas masjid ini akan digunakan penduduk setempat.
Kalau ianya masih dalam keadaan yang rosak, dan berbau busuk, pasti akan menimbulkan rasa malu. Apatah lagi kalau yang datang menggunakannya itu orang bukan Islam.

Jadi, kami memerlukan 850 pewakaf yang berjiwa baik untuk berwakaf sebanyak RM30 sahaja untuk menjayakan projek naik taraf tandas Masjid Saadah.
Ayuh semua, kita jaga identiti dan kesucian Islam dengan berwakaf ke atas projek ini buat keselesaan para kariah dan penduduk setempat.
"Sesungguhnya Allah SWT itu baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu bersih, Dia menyukai kebersihan..."
(Al-Tarmizi: 2799)
(Al-Tarmizi: 2799)