BAHAYA! Aiman sesak nafas sebab tak ada oksigen

Dunia bagaikan gelap.
Bumi seakan tak berputar.
Termenung jauh fikir anak yang sakit.
Arifah Fatiha, 32, tak sangka penderitaan ini yang dia terpaksa lalui.
Saat kadar oksigen anak bongsunya Nur Aiman, 2 turun mendadak, jari dan bibirnya bertukar menjadi warna biru sebab tak cukup oksigen!

“Doktor memaklumkan kepada kami, wajah dia berwarna biru sebab saluran ke paru-paru dia tersumbat,” Arifah tenang bercerita.
Arifah cerita lagi, Aiman dilahirkan pramatang ketika berusia 28 minggu.
Disebabkan itu, dia didiagnos dengan penyakit jantung berlubang dan ada masalah paru-paru.

“Penyakit dia memaksa dia untuk memakai alat bantuan pernafasan supaya dia tak sesak nafas,” suara Arifah mula perlahan menahan sebak.
Menurut Arifah, walaupun dia dah suami bekerja, tapi mereka masih tak mampu untuk menampung kos rawatan Aiman sebanyak RM64,000!
Doktor kata, Aiman kena minum susu khas dan tak boleh minum susu formula biasa sebab akan mengganggu jantung dan paru-paru dia.

“Tapi, harga satu tin saja hampir RM100 dan cuma bertahan untuk 3 hari saja. Kalau sebulan, kami terpaksa berhabis hampir RM1,000!”
Jom warga jiwa baik!
Tak sampai hati tengok keadaan Aiman yang masih kecil tapi terpaksa tanggung 2 penyakit bahaya.
Kita kurangkan beban yang Aiman tanggung boleh?
KOS KEPERLUAN AIMAN: RM64,000
Mesin Oksigen (RM5,500+-) RM50/bahagian
Tiub Susu & Susu Khas (RM15,800+-) RM100/unit
Kos Rawatan (RM42,700+-) RM200/bahagian
*Kami menyarankan anda untuk memilih 2 x Mesin Oksigen RM50/unit supaya paras oksigen Aiman tak drop lagi!
Disclaimer:
MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah Nur Aiman untuk menjayakan Tabung Alatan Perubatan untuk pesakit sepertinya. Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan Nur Aiman dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers.