"Saya tak mahu jadi seperti kanak-kanak lain, ada yang sudah tiada" - Adik Caca


Biarpun baru berumur 11 tahun, Myzatul Aisya atau lebih manja dipanggil Caca sedar yang dia tak akan hidup lama. 


Sebab, penyakit dihidapinya Thalassemia Major atau kelainan darah (akibat genetik) menyebabkan sel darahnya tidak berfungsi secara normal sejak berumur 10 tahun lagi.




Kesannya, zat besi dalam badan Adik Caca menjadi terlalu banyak sampaikan dia terpaksa bergantung harap kepada mesin desferal, sejenis mesin untuk mengurangkan lebihan zat besi dalam darahnya itu.


 Malangnya, mesin tersebut sudah rosak dan tak dapat dibaiki lagi. 


"Kalau Caca tak gunakan mesin itu, organ dalamannya akan rosak, macam ginjal, paru-paru" - Ibu Caca


Jika organ rosak, maknanya adik Caca berisiko untuk mati! Macam mana dengan impian adik Caca untuk menjadi seorang cikgu?impiannya untuk membahagiakan mama dan papa?


Sekarang, adik Caca hanya berharap kepada ubat khas setiap bulan, menggantikan mesin tersebut sahaja. Bukan murah kos ubat itu, belum termasuk lagi kos rawatannya yang lain.


Jadi, jiwa baik semua, tak mahu ke kita lihat adik Caca capai cita-cita dan impiannya? Jom kita sama-sama kurangkan penderitaan adik Caca.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Keperluan Mesin Perubatan (RM12,400+-) - RM100/Bahagian
Kos Rawatan Lain (RM2,200+-) - RM50/Bahagian
Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090