Lebih 2 juta jiwa sedang berjuang ketika ini

Mereka telah hidup dalam kondisi yang mengerikan selama 75 tahun dilanda konflik tanpa henti. Maafkan kami Ya Allah...









Sistem perubatan di Gaza sudah mula runtuh, ada ambulans yang sudah dibom, hospital pula padat sehingga tidak mampu menampung jumlah pesakit yang sedang bertarung nyawa. Bekalan elektrik pula menunggu masa untuk habis. Petugas rawatan yang bekerja 24 jam, cukup penat dan hampir tumbang. 


"Jika ditanya kepadaku kelak apa yang telah kulakukan untuk mempertahankan saudaraku? Dan tanah milik umat islam di Palestin?"


Ya Allah...apa yang kami mampu lakukan? Adakah kami hanya mampu melihat? Lemahnya kami Ya Allah kerana hanya mampu panjatkan doa, berikan sedikit wang dari saku kami untuk saudara kami yang telah terkorban ahli keluarga mereka demi tanah suci ini...




Bayangkan hampir 500 orang Palestin lenyap dari salasilah keluarga mereka. 



"Ya Allah, sepertimana engkau hantar para malaikat untuk menangkan Perang Badar, Kau hantarlah tentera-tentera-Mu dari kalangan para malaikat untuk membantu saudara kami di Palestin."


"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Tuhan kami hanya kepada Engkaulah kami bertawakkal dan hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah kami kembali.”


HasbunAllah Wani'mal Wakiil.




Dengan ini, kami melancarkan bantuan segera buat mereka melalui rakan strategis kami di sana:


1⃣ UFUK İNSANİ YARDIM EĞİTİM KÜLTÜR KALKINMA DERNEĞİ

(UFUK ASSOCIATION FOR RELIEF AND DEVELOPMENT


2⃣ MEDENIYETLER KÖPRÜSÜ GİŞİŞİM VE KALKINMA DERNEĞİ

 (CIVILIZATION BRIDGE DEVELOPMENT AND IMPROVEMENT ASSOCIATION)


3⃣ INTERNATIONAL EDUCATIONAL SCIENTIFIC AND CULTURAL ORGANISATION (IESCO)



MyFundAction menyerahkan 100% dana untuk penghantaran bantuan kecemasan kepada Palestin tanpa mengambil apa-apa peratus untuk kos operasi dan administrasi.








Alhamdullilah sebanyak 5,500 makanan panas telah kami agihkan buat rakyat Palestin yang berlindung di Khan Younis dan sekolah di Jabalia, Utara Gaza dalam tempoh 1 minggu peperangan ini .


Doakan bantuan seterusnya yang berupa bekalan perubatan dan makanan dapat sampai dengan segera dalam masa terdekat ini in shaa Allah. Bekalan tersebut sememangnya sudah disediakan dari dalam Gaza lagi dan pihak MyFundAction perlu membelinya daripada sektor terbabit. Mohon doa semua juga agar pintu Rafah dapat dibuka segera kerana bila-bila masa sahaja bekalan tersebut boleh habis. 



Sebarang laporan terkini berkenaan agihan bantuan dari MyFundAction boleh terus layari laman sesawang MyFundAction atau ke instagram kami, @myfundaction. 


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Untukmu Palestin RM 200
Untukmu Palestin RM 500
Untukmu Palestin RM 100
Untukmu Palestin RM 50
Untukmu Palestin Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN