Kejar Pahala Berkongsi Rezeki Dengan Pek Qurban MyFundAction
Kempen ini adalah inisiatif MyFundAction sejak 2019 untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak mampu mengambil bahagian dalam ibadah korban, tetapi nak sangat berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.
Istimewanya Pek Qurban MyFundAction, ianya adalah daging korban diinovasikan menjadi pek sedia dimakan dan akan diedarkan kepada asnaf, dan mangsa bencana.
Ayuh #JiwaBaik, kita zahirkan rasa cinta kita dengan berkongsi menu makanan enak bersama mereka yang memerlukan.
Dan, kami juga ada sertakan pakej untuk 1 bahagian korban untuk anda tunaikan ibadah korban sambil buat kebaikan andai kata anda berubah fikiran.
Akad Qurban
“Saya bersetuju untuk mewakilkan MyFundAction untuk Qurban sebanyak *kuantiti* bahagian (sila sebutkan nama peserta yang ambil qurban) pada tahun 1444H kerana Allah Ta’ala”. (2023M / 1444H) kerana Allah S.W.T.