Miskin bandar kian terhimpit dengan kenaikan harga barang

Kalau hari ini kita ke pasaraya untuk beli barang keperluan, RM 100 belum tentu cukup untuk penuhkan satu troli. Manakan tidak perbelanjaan harian sudah meningkat lebih satu kali ganda! Baru-baru ini harga sekilo ayam mencecah RM9 sekilo, harga beras 10kg yang sebelumnya sekitar RM25 kini berharga hampir RM40.
Ketika ini, ada ibu bapa mula gelisah kerana sesi persekolahan yang bakal dibuka sehari awal sebelum Ramadan. ditambah pula dengan persiapan raya nanti.
Justeru memang ada yang mula menabung sejak tahun lalu sebagai persiapan. Dengan keadaan ekonomi seperti ini, ada keluarga yang terpaksa makan bercatu.
Golongan miskin bandar kini semakin terhimpit dengan kenaikan harga barang.
Mewahkan Ramadan Mereka Bersama MyFundAction
Projek Rezeki Ummat, RU merupakan projek MyFundAction untuk membekalkan makanan asas kepada golongan berpendapatan rendah. Kami sentiasa konsisten menyampaikan manfaat buat rakyat Malaysia yang terbeban dengan kos perbelanjaan harian yang semakin melambung tinggi.
Apa kita usahakan bersama mungkin tidak dapat keluarkan mereka daripada kemiskinan.
Akan tetapi, mereka boleh menggunakan wang sedia ada untuk menampung barangan lain seperti yuran sekolah dan sebagainya.
![]()
Jom Jiwa Baik, salurkan barangan keperluan asas untuk saudara kita sempena bulan mulia ini. Moga dengan kebaikan kita, tiada keluarga yang kelaparan dan dapat menikmati juadah berbuka.
Hadirkan kebahagiaan buat mereka memerlukan
PAKEJ 1 - Bantu 5 keluarga: RM750
PAKEJ 2 - Bantu 3 keluarga: RM450
PAKEJ 3 - Bantu 1 keluarga: RM150
PAKEJ 4 - Kongsi Rezeki: RM50
PAKEJ 5 - Kongsi Rezeki: RM30