Ibu Tunggal Terpaksa Berpisah Dengan Anak Kerana Miskin
"Rindu memang rindu..."
Tiada ibu yang sanggup nak berpisah dengan anak yang sudah dikandung selama 9 bulan. Berat hati nak melepaskan kepada keluarga angkat demi masa depan anak bongsunya itu.
"Memang saya takut sangat-sangat. Kesihatan dia saya tak mampu nak jaga"
Luah ibu tunggal 6 orang anak ini sebak. Jelas di matanya kerinduan terhadap anak yang dilahirkan 6 bulan lalu. Namun Kak Shazleen redha meski tidak dapat melihat anaknya membesar depan mata.
Siang dan malam Kak Shazleen membanting tulang demi mencari sesuap nasi buat 5 orang anaknya. Macam-macam pekerjaan dia buat. Ada masa bekerja sebagai tukang cuci rumah, pelayan di kedai makan, malah pernah juga ambil upah hantar orang pergi kerja.


Pendapatan Kak Shazleen masih tidak cukup untuk tampung kehidupan mereka anak beranak. Paling tinggi upah yang diperoleh cuma RM80 sehari. Itu belum tolak duit minyak pergi kerja dan beli barang dapur untuk dimakan. Pernah Kak Shazleen beri teh buat anaknya yang berusia dua tahun sebab tak cukup duit beli susu.
Mereka sekeluarga hanya menumpang di sebuah kedai tepi jalan. Hanya mempunyai ruang tamu, tanpa bilik dan bilik air. Waktu malam mereka tidur berhimpit di ruang yang kecil itu. Kalau nak ke tandas, mereka akan berjalan ke stesen minyak berhampiran.
![]()

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Di luar sana masih lagi ada ramai keluarga yang senasib seperti Kak Shazleen. Jom Jiwa Baik, kita ukir senyuman buat mereka yang memerlukan.
Sokongan anda dalam projek ini memberi harapan kepada asnaf ketika mereka bergelut untuk meneruskan kelangsungan hidup.
"TIADA lagi ikat perut", "TIADA lagi kebimbangan". Hanya KEBAHAGIAAN sahaja yang terpancar di wajah mereka.
