HAMPIR 13 TAHUN PUAN SALOMA DAN KELUARGA DUDUK DI PONDOK USANG
Keluarga Puan Saloma atau nama sebenarnya Saloma Binti Mohd Said tinggal di Kota Tinggi, Johor. Puan Saloma mempunyai 4 orang anaknya yang masing-masing bersekolah rendah dan menengah.
Mereka sekeluarga tinggal di atas tanah, kawasan orang cina dan separuh lagi di atas tanah pencawang tnb. Rumah mereka tersangatlah kecil dan apabila hujan, rumah mereka akan di masuki air kerana bumbungnya bocor.
Faktor keselamatan menjadi paling utama. Tanah yang mereka tinggal ,berdekatan dengan Kawasan hutan, diceritakan mereka kerap juga selalu dingangu haiwan buas iaitu gajah. Bayangkanlah jika mereka tidur diwaktu malam, pastinya bahaya untuk nyawa mereka dan anak-anak mereka yang masih bersekolah.
Jika lihat dari gambar di atas, keadaan rumah mereka tersangatlah daif dan buruk, mereka duduk di rumah yang serupa pondok. lantai mereka, bukan seperti orang kebanyakan di Malaysia, Lantai mereka cuma berpaksikan pasir dan tanah sahaja.
Pendapatan Puan Saloma hanya bergantung kepada jualan sayur dan ulam-ulaman yang dihantar setiap kedai. Hasilnya di jadikan perbelanjaan harian buat keluarga ini. Bayangkan sehari jualan hanya RM 20 ringgit, keuntungan ini hanya mampu untuk dikongsi 4 orang anaknya.
Mari bersama kami, membantu keluarga Puan Saloma ini, dengan berkongsi rezeki setiap seorang RM 50 ringgit sudah cukup untuk membina rumah idaman mereka. Sudi berkongsi rezeki ?
BAGAIMANA INGIN BERKONGSI REZEKI ?
Untuk memudahkan urusan anda, terdapat beberapa PAKEJ yang disediakan untuk berkongsi rezeki:
Rumah Impian 15 Lot RM 1,200
Rumah Impian 10 Lot RM 800
Rumah Impian 5 Lot RM 400
Rumah Impian 1 Lot RM 80
Rumah Impian RM 30
Justeru, tangan yang berada di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Itulah tafsiran daripada petikan hadis Nabi Muhammad SAW khusus menyarankan umatnya untuk sentiasa memberi. Sama samalah memberi kerana Allah.